Sunday, August 16, 2009

First Class Country With Third Class Mentality




Aku rasa ramai di Malaysia ni yang tak ambil kisah sangat pasal sukan rally.

Memang pendedahan sukan rally di Malaysia agak kurang.
mungkin pasal tajaan yang kurang atau sebab-sebab yang lain.

Jarang keluar dalam TV atau Akhbar-akhbar tempatan pasal pusingan-pusingan rally yang berlangsung di Malaysia ini, terutamanya TV la.
Stesen Tv lagi suka tayang drama merepek-repek daripada buat siaran rally.

Apa susah sangat?
F1 boleh, Cub Prix boleh, Moto GP boleh tayang, kenapa rally tak boleh?

Serius, rally memang seronok. Dulu memang sukan permotoran yang paling aku layan F1. Tapi sekarang dengan peraturan merepek-repek dengan politik dalaman lagi, F1 dah jadi macam tak blah nak layan.
Terus aku sangkut dengan rally.

Sekarang ini sedang berlangsung Asia Pacific Rally Challenge dan Malaysia Rally Challenge di JB.
Untuk APRC, kita ada Proton Satrioa Neo S2000 yang dipandu Karamjit Singh dan pemandu arah Jagdev.
Untuk MRC, semua memang pasukan dari Malaysia lah kan. Siapa lagi. Cuma yang menariknya, pasukan Felda Rally Team menggunakan Proton Gen.2 Evo 6 dan juga Proton Waja Evo 6.




Patutnya kita berbangga pasal ada penyertaan daripada wakil negara sendiri. Sepatutnya ini yang ditayang dalam kaca-kaca TV dan juga dijaja kepada negara-negara jiran pasal kita satu-satunya negara Asia yang selain Jepun yang menghantar jenter buatan sendiri.
Bukan menjaja drama-drama merepek dari seberang.

Dan apa yang lebih menyedihkan, rakyat negara sendiri bukan sahaja tidak menyokong, malah menyindir lagi.

"ala bukan guna enjin proton pun"
"setakat kereta orang luar yang tuning bolehlah"

well, sweetheart, kita tengok macam ini.

Kita ada potensi, cuma kita tidak ada kepakaran. Jadi apa salahnya kalau kita guna kepakaran luar? Apabila bertanding nanti, kita guna nama Proton. Anda tak bangga?
Kalau menang, akan disebut 'Proton Satria Neo S2000' bukannya Proton Satria Neo with tuned Renault engine'.

Lebih kurang macam atlet. Walaupun dilatih oleh jurulatih luar, kalau menang, Jalur Gemilang yang akan dikibarkan. Negaraku akan dinyanyikan walaupun jurulatihnya bukan warganegara Malaysia.

Logik, kan?

Ketika Subaru mula-mula menyertai sukan rally, mereka pun menggunakan kepakaran luar. Akhirnya mereka menjadi kuasa besar rally dunia. Nama Subaru cukup sinonim dengan rally.
Malangnya mereka telah menarik dari daripada WRC setelah kejohanan 2008 berakhir.

Mana tahu suatu hari nanti Satria Neo boleh mencapai cult status seperti Mitsubisihi Evo dan Subaru Impreza. Tak payah susah-susah nak korek 300K kalau boloeh beli Satria dalam 50K.


*Gambar dari geartinggi.com*

4 comments:

khayrylyaxyd said...

huh jgn ckp satria neo...kancil pekak kamil pon selamber je redah rally kelape sawit jln kg banjar...mmg CHAMPAYON~!!! kalo rally btol ade sorg je co-pilot...tapi rally kancil nih ade 1 pilot n 3 co-pilot...mane x terbang kete~!!!ahahahaha...bile mau lagi cha????

asyraf hensem said...

lagi satu mase kecik2 dulu
slalu ade citer 4x4..mase tuh mmg kegemaran..slalu nye siaran weekend.

rally mmg susah ar nk jmper dalam tv malaysia..

hhahahahha..baru nak komen..
bile lagi bai? rally..orang rally keter siap dgn palang besi..pakai helmet suit bagai..


ini pergi..balik semayang jumaat
berkopiah
kain pelikat..
selipar x pakai(kene rembat kat masjid)
lain kali kene wat video lah..

yazid yang lagi xleh blah..kat trafic light pekan pn die bantai powerslide..terkejurt wan vr4

-shak- said...

haha.
itu cerita lain bai.

orang buat Rally X, kita buat Rally XXX!

khayrylyaxyd said...

itu kereta mmg champayon....kalo dlm ladang dier jadi rally...atas jln dier leh drippp....dlm air blom try lagi...ngahahahah...sib baik kete tu x jdi bwk kt uniten kalo x huru-hara KL......

dah le owner dier femes giler skang nih.....