Saturday, August 8, 2009

Kisah Hadis Lagi

Sini, Abang Hensem Fairul kita telah memberikan pandangan tentang pandangan aku terhadap hadis.

Ini pula pandangan aku terhadap pandangan Abang Hensem Fairul(rambut panjang macam awek dulu lagi cun dari rambur askar sekarang).

Mula-mula sekali, mungkin kau salah faham. Aku bukan anti-hadis. Dalam beribu-ribu hadis, majoritinya aku rasa betul dan membawa kebaikan. Tetapi ada hadis tidak selari dan menambah-nambahkan lagi hukum dari Al-Quran.

Dari sini bermulanya asas pandangan aku yang hadis ini ada cacat celanya. Nanti aku cerita lanjut kat kesahihan hadis.
Kita pergi ke yang pertama dahulu.

Katanya, kita perlu kembali kepada asas.

Nabi telah tinggalkan kita mukjizat paling besar sebagai asas kehidupan umat Islam, iaitu Al-Quran.

Nabi menyuruh kita berpegang terhadap Al-Quran teguh seteguh-teguhnya sehinggakan dia telah melarang umatnya menulis apa-apa perkataan dari Nabi selain Al-Quran. Jika ada sesiapa yang menulis perkataan dari Nabi selain Al-Quran, Nabi menyuruh tulisan itu dimusnahkan (
Sahih Ahmad, Sahih Muslim, Ibnu Hanbal)

Selepas kewafatan Nabi, Umar telah berkata beliau teringin mencatat beberapa koleksi kata-kata dari Nabi, tetapi beliau takut umat Islam akan meletakkan Hadis lebih tinggi daripada Al-Quran, jadi beliau tidak melakukan niatnya itu. (
Jami' al-Bayan)




Pasal penyelewengan ilmu, ya hadis pasal larangan bersukan itu adalah sahih Muslim. Dari contoh ayat Al-Quran yang kau beri, disebut tanah kering, lumpur hitam dan tanah liat. Percanggahan? Tidak aku rasa. Kesemuanya tanah. Jadi tidak timbul persoalan ayat Al-Quran tidak selari kerana ia adalah Kata-Kata Allah.

"Larangan mencatat apa yang dikatakannya selain al-Quran tu masa mula-mula je. Ni sebab tak nak tercampur antara ayat suci al-Quran dengan hadis nabi."
Secara tak sedar kau dah ulang
point aku yang paling utama. Tengoklah apa umat Islam lakukan sekarang. Bukan sahaja mencampur, malah meletakkan hadis itu lebih tinggi dari ayat Al-Quran.
Jadi benarlah larangan Nabi Muhammad dahulu.
Lagi satu,kenapa hendak larang ketika Nabi masih hidup? Bukankah jika Nabi masih ada senang kerja-kerja pengesahan hendah dilakukan? Jika Nabi ada, tidak timbul masalah kekeliruan antara ayat Al-Quran dan hadis kerana boleh dirujuk kembali kepada Nabi.

Pasal penafsiran Al-Quran itu, bagaimana dengan nasib penafsir dan penterjemah yang menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa lain beserta komentar-komentar?
Berdosakah mereka? Jadi bagaimana kita hendak mengkaji Al-Quran? Dan lihat perkataan
intellect yang digunakan. Perkataan ini digunakan merujuk kepada orang yang bijak pandai dan berilmu.


Pasal kesahihan hadis, Imam Bukhari dikatakan telah mengumpul sejumlah 600 000 hadis kemudian menapis dan tinggal 7275. Aku tak pasti berapa tahun Imam Bukhari merantau mencari kesahihan hadis tetapi ketika zaman itu, kenderaan hanyalah unta dan tiada telefon bimbit, tugas itu pasti sangat sangat mencabar. Dan kita perlu ingat, yang maksum hanya Nabi.
Memang aku akui Imam Bukhari dan cendekiawan Islam ketika itu adalah yang terhebat, tetapi mereka tetap insan biasa. Tidak maksum. Jadi ada ruang untuk berlaku kesilapan.

Bukan nak menghina tetapi berjaga-jaga.

Ramai penyokong hadis yang menggunakan hadis berkata para sahabat mempunyai kebolehan luar biasa dalam mengingati hadis-hadis Rasulullah. Aku tak pasti dari siapa kalau tak silap Imam Bukhari juga kot.



Pasal perpaduan, kau kata niat jahat yang membawa kehancuran.

Faive yang naive. hehe

Apakah
tool yang digunakan niat jahat itu? Niat jahat semata-mata takkan boleh berjaya. Mesti ada perlaksanaannya. Macam mana hendak melaksanakan niat jahat sambil berselindung dibalik kesucian Islam? Mencipta hadis dan mengaku ia sahih.

Kenapa orang Islam di Malaysia tidak mahu menerima hadis-hadis sahih Syiah?
Kenapa Orang Islam Syiah tidak mahu menerima Kitab Sahih Al-Bukhari walhal kebanyakan golongan Sunnah meletakkan Kitab ini selepas Al-Quran(tetapi pelaksanaannya kadang-kadang melebihi Al-Quran?)
Kedua-dua pun dikatakan hadis sahih kan. Kenapa tak nak terima pakai?

Padahal dua-dua mengaku Islam. Nabi Muhammad dahulu menyampaikan satu kitab sahaja iaitu Al-Quran. Macam mana dari satu buku boleh timbul dua aliran yang berbeza?

Ya Ahmadinejad dan Iran adalah Syiah. Itu sangat pasti. Walaupun begitu, kerajaan Iran tetap berbesar hati memberi dana membina makam peringatan Imam Al-Bukhari walaupun beliau ketika hidupnya memang diketahui seorang anti-Syiah. Tak percaya tanya Faisal Tehrani.


Di sini aku ingin menekankan sekali lagi yang aku bukan anti-hadis. Cuma aku rasa hadis perlulah dikaji semula terutamanya hadis-hadis sahih yang tidak selari dengan Al-Quran dan hadis juga perlulah 'diturunkan tarafnya' agar tidak melebihi Al-Quran.





2 comments:

Faive said...

Shak yang kacak, tampan, anggun, bergaya tiada tandingan, macho bersama moto vespa(dari jauh sudah kedengaran bunyiya), kusering tertanya2, mengapa kamu ni bukan seorang superstar?..,

owh2,
pertama sekali aku ingin mintak maap pasal mewujudkan salah faham tentang antihadis tu,(btol ni bro, xde niat pon)

dengan ini,
aku akan menebus dosa dengan...
membunuh diri dengan cara
harakiri..!
eh, tak2..(ni mesti terpengaruh dgn komik jepun nih)

aku akan menebus dosa dihayat akan datang..
eh, tak jugak..(alamak, terpengaruh dgn komik cina plak)

k2, lu cakap ke la bro pe nye,
klu mampu aku buat..
hahahahaha...
(seb baik x terpengaruh dgn drama cinta jepun dan korea)

lagi satu thank kiu la promote blog aku..
ni nak promote lagi skali nih...

lalalala..~ <---- Sila klik

-shak- said...

lu ingat blog gua papan notis V4 nak promote-promote?

takde.
lu dtg bilik gua sekarang.
kita setel.

jangan sampai gengster dtg bawak payung nak sula lu.