Tuesday, August 4, 2009
Cikgu Muzik
Adik-adik, hari ini kita akan belajar tentang salah seorang ikon rock n roll yang mempengaruhi muzik rock n roll selepas eksperimentasi mereka sehinggalah sekarang.
Nama kakak ni Nico. Nama betul Christa Paffgen. Dia seorang Jerman.
Kakak ni adalah seorang model, pelakon, penulis lagu dan penyanyi. Sungguh berbakat kan kakak ini, adik-adik?
Kakak ini mula menyanyi solo, sebelum Andy Warhol memperkenalkan kakak ini kepada kugiran The Velvet Underground. Adik-adik kenal kan siapa pakcik Andy ini? Ya betul. Dia seorang yang mengepalai pergerakan pop art.
Kakak Nico dan Abang-abang The Velvet Underground telah berjaya merakamkan album bertajuk The Velvet Underground & Nico. Album ini diterbitkan pada tahun 1967. Dalam Album ini, kakak Nico menyanyikan 3 buah lagu manakala selebihnya Abang Lou Reed yang nyanyi. Tak berapa lama selepas pelancaran album, kakak Nico meninggalkan abang-abang The Velvet Underground bersama pakcik Andy. Tiada persefahaman lagi katanya.
Adik-adik, mari kita tonton lagu nyanyian kakak Nico yang menjadi kegemaran cikgu. Tajuknya Femme Fatale.
Adik-adik mesti perasan kenapa muka kakak Nico ini seram sangat. Kalau tengok kat atas itu, cantik je rupanya.
Ha adik-adik. Itu disebabkan kakak Nico ini penagih heroin. Ingat adik-adik, jangan ambil heroin ok. Tak baik. Drugs kill the real thrill.
Walaupun kakak Nico ini penagih heroin, tapi kakak ini telah berjasa dalam membentuk pergerakan rock n roll ini menjadi sesuatu yang tidak gay.
Kalau tidak, rockers-rockers semua jadi macam Jonas Brothers. Abang-abang Jonas itu sangat gay kan adik-adik?
Gay yang cikgu maksudkan ini adalah maksud yang baru, bukan yang lama.
Adik-adik tahu kan gay itu apa? Homoseksual.
Ok.
Sampai sini saja.
Jumpa lagi dalam kelas Rock n Roll 101 di lain hari ya adik-adik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terimaaa kasih cikgu!-upin ipin
http://www.youtube.com/watch?v=tlefeSmtLGo
Post a Comment