Tuesday, December 13, 2011

Pengembaraan di Sabah part 2 : Kota Kinabalu ke Ranau



Gua selamat sampai di KK lebih kurang pukul 6 petang. Basah lenjun hingga ke boxer. Nasib baik rain cover bag gua bertindak cemerlang. Hanya ada tirisan minimal. Kamera dan handset gua selamat.

Dua tiga hari gua spend di KK untuk sedikit R&R, melegakan sengal otot dan sakit bontot. KLX juga gua buat sikit maintainance. Check oil level apa semua. Semuanya masih steady. Cuma malam sebelum perjalanan baru gua perasan yang bulb depan dah meletup. Tidak mengapa. Benda simple sahaja.

Untuk hari perjalanan, gua bangun dengan segar sekali. Pack barang, strap bag pakai bungee chord, and off we go! Cuma perjalanan agak terbantut pasal bulb tadi so gua pusing-pusing area rumah gua di Kingfisher. Singgah dua kedai motor, dua-dua tiada bulb yang dicari. Katanya KLX ini bulbnya agak lain sikit daripada motorsikal lain. Designnya lebih kepada bulb kereta so tokey kedai kata nasib gua mungkin lebih baik jika gua cari di kedai spare part kereta. Perut sudah berkeroncong jadi gua singgah sebentar di Borneo Museum Kopitiam di Kingfisher. Harapannya untuk breakfast bersama seorang waitress sumandak yang sweet. Malangnya sumandak berkenaan masih belum masuk kerja lagi. Syif petang mungkin. Selepas perut diisi, masa untuk bergerak. Seperti biasa, Google map dijadikan penunjuk. Kali ini memang betul-betul straightforward. Lagipun jalan KK-Ranau ini gua sudah biasa lalu pasal untuk perjalanan KK ke Lahad Datu, memang lalu Ranau.




Untitled




Awal perjalanan macam biasa gua riding slow and steady saja. Keluar dari KK, gua buat sedikit detour untuk ke Tamparuli. Macam yang gua cakap sebelum ini, sebelum gua sampai ke Sabah, apa yang gua tahu pasal Negeri di Bawah Bayu ini memang sedikit. Antaranya Jambatan Tamparuli. Jadi gua mahu tengok sendiri macam mana gaya si Jambatan Tamparuli.




DSC08380



Ada dua jambatan di Tamparuli ini. Yang kecil itu dibina oleh British. Banyak sudah sejarah dan kejadian yang disaksikan jambatan kecil, humble tetapi kuat ini. Sudah berapa kali kena banjir tapi masih steady. Yang kedua adalah jambatan gantung yang lebih baru, tetapi ini bukanlah jambatan yang menjadi tema dalam lagu rakyat Jambatan Tamparuli. Jambatan gantung Tamparuli yang asal sudah hanyut ketika banjir besar Januari 1999, digantikan dengan jambatan gantung baru ini. Still, jambatan kecil yang humble itu masih lagi intact dan boleh digunakan. Jambatan Tamparuli lama ini sempit jadi terpaksa tunggu turn untuk merentas Sungai Tuaran.




DSC08381




Selepas menyeberang, terus sampai ke pekan Tamparuli. Di pekan Tamparuli gua pusing-pusing sambil mencari tamu Tamparuli. Sayang sekali tamu Tampari diadakan pada hari Rabu. Melepas gua. Gua ternampak satu kedai spare part kereta. Gua try tanya pasal bulb, tiada juga. Jumpa satu kedai motor, tanya pun tiada. Ah relax dulu jangan kabut-kabut. Gua singgah satu kedai makan pekena teh tarik. Selak-selak sikit surat khabar Borneo disini (tahukah anda salah satu quirk di Borneo ini adalah mereka ada surat khabar sendiri?) sambil menonton wrestling yang ditayangkan di kaca TV. Satu benda yang gua perasan mana-mana gua pergi mesti orang usha satu macam. Mungkin mereka intrigued atau rasa pelik. Itu baru KLX dengan bag kecil. Kalau gua datang bawah Honda Africa Twin, takpun KTM Adventure, takpun BMW GS sekali dengan side pannier, mesti rasa macam rockstar. Lepas dah puas melepak sambil tengok wrestling, gua sambung perjalanan.



Lu ingat gambar Google map tadi yang gua letak? Nampak spaghetti biru yang menghala ke Ranau? Itu memang antara highlight trip gua kali ini. Right hand sweeper, left hand sweeper, off camber corner semua ada. Memang gua dengan KLX kali ini betul-betul rasa
jinba ittai, Japanese for rider and horse in perfect harmony. Cuma kadang-kadang ada juga gua rasa yang KLX 150 ini tak cukup power untuk jalan macam ini, tapi gua cakap dalam hati saja. Cakap kuat-kuat nanti KLX merajuk. Gua jugak susah tengah-tengah hutan ini.



Sampai ke Pekan Nabalu, gua stop kejap. Disini ada pasar, kedai makan dan kedai jual souvenir. Kalau tour bus yang melalui jalan Ranau-KK confirm akan berhenti di sini punya. Sebab itu gua pun berhenti dengan harapan mahu berjumpa gadis-gadis blonde bermata biru dari Scandinavia. Tapi nasib gua terus malang apabila yang ada hanya ada seorang dua awek hippies berambut dreadlock. Selebihnya makcik-makcik dari Asia Timur. Tidak mengapa. Gua relaks-relaks sambil ambil pemandangan pun cukup. Segar sungguh angin di banjaran Crocker ini.




DSC08391




Gua teruskan perjalanan sehingga melalui Kundasang, tempat untuk gua tidur malam ini. Tapi gua tak berhenti dahulu. Target gua hari ini mahu ke Poring Hot Spring. Dari Kundasang gua terus ke Ranau. Gua ternampak satu kedai motorsikal di Ranau jadi gua berhenti untuk tanya pasal light bulb KLX gua. Masih tak bernasib baik, tetapi tokey yang baik hati ini bagi gua direction untuk satu kedai motor yang memang katanya biasa repair dirt bike. Dengan ucapan terima kasih, gua terus mencari kedai tersebut. Senang saja jumpa. Kedai motor ini dibuat daripada kayu dan buruk bukan main. Nampak macam mahu roboh saja tapi kat luar bersepah-sepah dirt bike. Peluang gua cerah nampaknya. Bila gua tanya memang ada, tapi kena tunggu sebentar pasal dia sibuk. Tiada masalah. Gua bukan urgent nak ke mana-mana pun. Bulb sekali pasang RM25, itupun gua dah minta kurang. Mahal sial. Nasib baik boleh claim balik. Lepas bayar, minta resit, gua terus ke pekan Ranau cari lunch. Lepas lunch gua tanya seorang pakcik macam mana mahu ke Poring. Dia cakap terus saja. So gua pun ride terus sahaja la. Lalu jalan dalam kampung sambil budak-budak yang bermain di tepi jalan melambai-lambai sama gua. Heh memang rockstar.



Sampai Poring, gua park motor terus bayar fee untuk masuk. Lepas masuk terus gua cari Canopy Walk.



DSC08399




Untuk ke naik ke Canopy Walk ini lu kena hiking "sikit". Sikit yang memang buat gua termengah-mengah. Bukan salah gua tak fit, tapi sebab sekarang ini gua di altitud tinggi, udara nipis, itu pasal cepat pancit. Lu tak percaya sudah.




DSC08403




Untuk naik Canopy Walk ini kena bayar fee lagi sekali (cilakak) tapi kalau anda warganegara murah saja pun.




DSC08410





DSC08406





Lepas puas menggayatkan diri, gua turun untuk trekking pula. Gua ikut saja trail yang disediakan. Mungkin gua ada ter-miss satu turn atau gua tersilap melangkah masuk ke alam lain, trail yang gua follow itu terberhenti di satu batu besar yang seakan-akan gua. Memandangkan pengalaman cave exploring gua memang kosong dan gua masa itu tengah sorang-sorang, gua malas nak buat pelik lalu gua patah balik. Gua melepak di satu air terjun yang gua jumpa masa trekking tadi. Apa lagi, lucut baju lucut seluar tinggal boxer gua turun berendam. Airnya gila babi sejuk. Tapi memang menyegarkan selepas penat riding and trekking. Tak lama kemudian gua rasa dah sejuk sangat ini gua decide nak naik dahulu. Tiba-tiba nampak sampai pula satu geng sumandak baru sampai ready nak berendam. Memandangkan situasi dah berubah, gua buat reevaluation balik pasal keadaan air terjun itu dan membuat kesimpulan bahawa airnya tidaklah sejuk mana. Jadi gua sambung berendam.





DSC08420




Masa berendam itu gua rasa macam ada benda gigit-gigit kaki gua. Gua ingatkan lintah ke kutu air ke apa. Bila perhati betul-betul, rupanya ada ikan-ikan kecil. Dapat fish spa free nampaknya gua di Poring.



Lepas puas berendam, gua keringkan badan secukup rasa kemudian gua bergerak pulang. Dari Poring kembali ke Kundasang lebih kurang 20 km juga. Di Kundasang gua tinggal di Walai Tokou Homestay.




walai




Ia bukanlah tempat paling murah di sini. Banyak lagi guesthouse atau hostel yang boleh gua pilih tapi bila gua travel ke sesuatu tempat, gua lebih suka kalau komuniti setempat dapat benefit daripada perjalanan gua. Nampaknya niat murni gua dibalas apabila kedai makan di kampung ini dijaga oleh seorang sumandak Dusun yang cute. Malam ini gua habiskan dengan melepak di kedai makan sahaja.



Bangun pagi keesokan harinya, bila gua buka pintu bilik gua, gua disambut dengan pemandangan gah puncak ketiga tertinggi Asia Tenggara.




DSC08429




Sangat majestic dan mesmerizing. Gua cuba mandi pagi itu tapi keadaan yang sangat sejuk dicampur dengan heater yang tidak berfungsi menjadikan keadaan sangat mencabar. Jadi gua decide gosok gigi dan basuh muka sahaja sudah cukup. Lagipun orang kata muka bangun pagi ini natural beauty. Gua breakfast dahulu kemudian terus ke Kinabalu National Park. Masa dalam perjalan, sempat lagi snap satu gambar Gunung Kinabalu.




DSC08431




Nak masuk dalam park boleh dengan kenderaan bermotor jadi gua bawa sekali KLX gua. Gua melepak sebentar di satu viewpoint untuk melihat Gunung Kinabalu tetapi kali ini dia malu dan berselindung di sebalik awan. Jadi gua decide untuk pergi ke taman flora. Setelah puas melihat tumbuhan natif di sini, gua decide untuk buat sedikit trekking. Banyak trail yang terdapat di dalam kawasan Kinabalu Park ini. Gua pilih Bundu Tuhan trail.




DSC08447




Keadaan yang licin dan kasut yang tidak sesuai membuatkan keadaan agak mencabar. Gua trekking sambil berimiginasi yang gua adalah seorang National Geographic Explorer. Selepas puas trekking, gua pergi melepak di starting point untuk mendaki Gunung Kinabalu. Di sini gua terjumpa kembali dengan geng student KL yang gua jumpa di Kudat tempohari. Small world, eh?



Puas melepak di sini, gua kembali ke Kundasang dan berjalan-jalan makan angin menyusuri kampung-kampung yang terdapat di sekitar Kundasang.




DSC08471




kk




DSC08489




Kanak-kanak melambai-lambai dan orang kampung berbalas senyuman dengan orang asing dengan kamera besar menunggang motor hijau.





DSC08486




DSC08483




Tengah relaks-relaks makan angin tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Gua terus balik ke homestay untuk lunch dan perjalanan pulang ke KK. Elok saja sampai ke homestay, hujan turun makin lebat. Perjalanan pulang gua tergendala seketika tapi itu tidak menjadi masalah bagi gua. Gua boleh melepak di kedai makan sumandak Dusun cute. Dalam setengah jam gua melepak, hujan makin reda. Jadi masanya sudah tiba untuk gua tinggalkan sumandak Dusun dan kembali ke KK. Baru sahaja gua start motor dan sarung helmet hujan kembali lebat. Sial. Gua fikir alang-alang dah basah teruskan sajalah. Makin lama gua ride makin lebat hujan turun. Kundasang seakan-akan tidak mahu melepaskan gua. Gua berhenti sebentar di kedai makan depan Kinabalu National Park kerana hujan terlalu lebat.


Baru 5 minit menunggu gua dah tak tahan. Gua sudah basah lenjun hingga ke boxer ditambah dengan sejuk Kundasang. Gua menggigil bagai nak gila. Gua fikir kalau gua stay mungkin gua mati kesejukan. Kalau gua teruskan mungkin gua mati menunggang. Antara mati kesejukan dan mati menunggang KLX, gua pilih cara mati yang lebih maskulin. Jadi gua teruskan perjalanan. Nasib gua baik kerana tak lama selepas itu hujan makin reda. Walaupun sejuk, adrenalin dari menunggang KLX di spaghetti basah ini buatkan gua tidak menggigil lagi. Makin lama gua makin enjoy. Sejuk sudah tidak terasa dan gua selamat sampai di KK. Satu-satunya casualty daripada pengembaraan ini adalah handset gua yang tewas dengan hujan Kundasang. Handset Sony Ericsson murah saja pun. Gua tak kisah sangat. At least boleh ganti dengan smart phone. Sampai saja di KK, gua terus buat persediaan untuk part 3 pengembaraan pula.






Kota Kinabalu and beyond, sumandak hot pants included!






4 comments:

Anonymous said...

Caya La Brader..Lu punya article sempoi macam lu punya adventure.

Salute!!

Anonymous said...

your trip reminds of my trip few years back. kami tour sabah, sarawak and brunei in 2 weeks. best gilaaa!!

Anonymous said...

Kau ingt org sabah jakun sgt ke tgk klx kau tu.. Hahaha... Mcm rockstar konon..Mengucap mengucap.. Hahaha

anonymous said...

bukan pasal heater rosak . kundasang punya air telampau sejuk tu . heater mana dpt kasi panas .