Tuesday, November 8, 2011

Merdeka Seksualiti Mereka

DSC07938
Seksualiti Melaka, Disember 2010



Ok, pertama sekali gua nak cakap yang gua langsung tiada masalah dengan golongan LBGT ni.
Apa mereka nak buat dengan hidup peribadi mereka, itu hak diorang. Bukan masalah gua nak sibuk-sibuk.


Nak anjurkan majlis Seksualiti Merdeka pun tiada masalah bagi gua. Tapi itulah yang masalah paling besar yang dihadapi. Majoriti masyarakat bukan terdiri daripada orang-orang macam gua.

Tahun 2008 dan 2009 berjalan lancar. Sebab masa itu tiada siapa pernah dengar tentang Seksualiti Merdeka. Tiada siapa kisah. Datang 2011, bam! Publisiti besar-besaran, tak tahulah sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Habis masyarakat tahu dan habis semua panik.



Fatal mistake. Malaysia ini konservatif, sangat-sangat konservatif. Untuk buat event sebegini, walaupun tujuannya untuk empowering the LGBT community, sudah macam buat event gay parade kat tengah-tengah KL. Sepatutnya buat macam dulu la. Keep it low, keep it underground. The time is not right for the LGBT community to come out in full force. Mungkin 10 tahun lagi. Itupun kalau bukan PAS yang memerintah.


Kepada masyarakat pun, kenapa kalut sangat? Apa yang takut sangat dengan geng LGBT ni? Takut mempromosikan budaya kuning yang membawa keruntuhan akhlak? Wake up, people! Akhlak di Malaysia ni dah lama dah runtuh. Buka mata dan pandang luas-luas.

Takut ditimpa bala macam kaum Nabi Lut? Satu soalan, anda kaum nabi Lut atau nabi Muhammad? Kalau jawapan anda adalah umat nabi Muhammad, tahniah! Anda layak menerima Get-out-of-jail-free card yang membawa ganjaran segala kemungkaran dan malapetaka yang anda lakukan di dunia ini tidak akan dihukum sehinggalah hari akhirat.


Bagi masyarakat umum, kegiatan LGBT ini adalah salah disisi agama dan perlu ditegah. Bagaimana kalau golongan LGBT itu tidak percaya kepada agama dan dogma anda? Kalau anda kata gaya hidup LGBT ini tidak natural, anda memang silap. Bersepah spesies haiwan yang mengamalkan gaya hidup homosexual dan bisexual. Kalau anda kata "tak malu ke jadi setaraf dengan haiwan?", atleast 'haiwan-haiwan' ini tak menganggu orang. They are perfectly functional member of the society. Tapi kalau pencuri, pembunuh, yang buang anak, ini memang binatang yanng paling celaka yang gua harap duduk dalam neraka sampai bila-bila. Terutama sekali pencuri. Fuck, gua memang benci pencuri. Golongan ini yang patut dibenci sepenuh hati, bukan LGBT.


Gua selalu dengar orang kata yang benda kita benci itu akan datang balik kepada kita. Sebab itu gua benci duit. Tiap kali dapat duit gua spend merata-rata akaun kering. Dengan kebencian mendalam anda terhadap LGBT, bagaimana nanti kalau anak anda sendiri yang LGBT? Nak benci? Terima seadanya? Sendiri fikir la. Buat gua teringat filem American Beauty pulak.


Semasa gua baca-baca sikit pasal Seksualiti Merdeka ini, gua terbaca tentang komen Nik Aziz dalam The Star. Gua cilok sebijik-sebijik pasal malas nak translate.


"There is no such thing as complete freedom in the name of human rights because freedom of expression also comes with conditions".
Ok yang ini gua setuju. Freedom of expression ada limitnya.


"And if human rights means homosexuality should be allowed, we might as well have the right to steal, rob or murder people".
Apa orang tua ini merepek? Confusing sexual orientation yang harmless dengan jenayah berat yang menyusahkan pelbagai pihak. Benda simple ini pun dia boleh mixed up. And yet masih ramai yang memandang dia macam penyelamat umat akhir zaman.




Oh well.
Inilah Malaysia, tanah airku.





7 comments:

Anonymous said...

itu macam gambar mmber gua bernama yazid. haram jadah betul ini orang.
haha, dari gaya penulisan lu. gua rasa lu ni mesti penyunyut tegar brother anuar brahim kita

-shak- said...

yazid la. sapa lagi comel macam tuh.

Anonymous said...

hahaha..bg la kredit sket org kt dlm gmbo tu

Anonymous said...

sori bro.
semua yg ko cakap ni aku setuju
tp ade dua benda je yg aku tak setuju

1)Anda layak menerima Get-out-of-jail-free card yang membawa ganjaran segala kemungkaran dan malapetaka yang anda lakukan di dunia ini tidak akan dihukum sehinggalah hari akhirat.

jangan main sgt dgn hukum tuhan.aku pn slalu gak murka dgn hukum tuhan ni tapi aku takut sbenarnye dan aku pecaya dia bleh hukum aku bila-bila je tak payah tunggu akhirat pun tak pe.haha.kalo ye pon belum tentu kita bleh hidup sampai akhirat ye dak tak tau entah2 esk akhirat macam mana tak sempat taubat yop!tapi kalo aku tau la bila akhirat ni seronok gak bleh layan rumah urut dh agak2 nk dekat akhirat nnt tobat le.

2)Apa orang tua ini merepek? Confusing sexual orientation yang harmless dengan jenayah berat yang menyusahkan pelbagai pihak. Benda simple ini pun dia boleh mixed up.And yet masih ramai yang memandang dia macam penyelamat umat akhir zaman.

gua anti org kelantan tapi bukan ulama pada aku ape dia faham mungkin tak sama dgn apa yg kita faham.takkan nk harapkan najib razak pulak nk selamatkan uamat akhir zaman.kah2!

ok bro ni cuma pandangan aku tak cakap ko salah.semua org ada pandangan masing2 aku cuma kongsi ape yg terlintas apa yg ada kt fikiran aku je.

-shak- said...

anon 1: selalunya kalau bagi kredit pada tukang tangkap gambarnya.


anon 2: 1) aku tak main pun hukum tuhan. memang apa yang aku diajar/baca macam itu. itu antara salah satu kelebihan umat nabi muhammad iaitu azab kemungkaran kita akan ditangguhkan hingga akhir kiamat. cuma olahan ayat gua itu agak lain la. luaran saja clubhitz tapi kalau baca betul-betul, dalamnnya nasyid. memang azab boleh jatuh kepada kita, tapi kat sini azab yang gua maksudkan adalah azab menyeluruh yang menghancurkan semua umat sekaligus, macam nabi Lut dan nabi Noh. kalau betul Allah nak bagi azab menyeluruh kat umat Muhammad, gua rasa dah lama kita terbalik.


2) menghormati guru, ulama dan orang tua memang gua sokong. cuma kita kena ingat walaupun mereka ulama, mereka tak termasuk golongan yang maksum. maksudnya, mereka tak sempurna dan juga boleh buat silap. jadi kenapa mahu taksub dengan mereka? ambil ilmu dan menjadi teladan boleh. taksub? jangan. pasal najib, manala tahu dia kat sana dapat haji mabrur, balik terus insaf ke. hahahaha

Anonymous said...

nice.

Anonymous said...

adoi..lain mcm plak penulisan lu ni bro..risau gua klau lu jumpe azhan! haha