Cilok daripada koleksi Dani
Sekarang ni nak ubah sejarah dah macam nak edit post kat blog saja, ikut sedap bontot.
Kerja gila.
Sebelah ni kata komunis tu hero, yang sebelah satu lagi kata pula Tanah Melayu tak pernah dijajah.
Yang terkesannya, generasi gua dan adik-adik gua la. Kami jadi bercelaru. Mana satu yang betul ni.
Sudah la lagu kebangsaan dan Jalur Gemilang dicemuh kerana tidak original. Satu demi satu identiti yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terkikis sampaikan generasi muda yang masih tergapai-gapai ini jadi hilang punca.
Mari kita tackle masalah ini satu persatu.
Bagi gua, mengatakan komunis ini hero adalah bagaikan mengatakan Khairy Jemaludin adalah calon terbaik PM akan datang. Ramai terutamanya daripada generasi gua mengatakan kemerdekaan Malaysia ini kurang feel, kerana tidak terlalu violence. Tidak seperti Indonesia misalnya. Tidak 18 SG. Tiada letupan seperti filem-filem Michael Bay. Jadi mereka mengangkat golongan komunis yang melakukan pemberontakan bersenjata sebagai wira sebenar. Mereka tidak suka rundingan meja bulat bersama penjajah British.
Well, kalau diikutkan kepada generasi yang terkena secara langsung pada zaman itu, kebencian mereka kepada komunis hampir sama banyak dengan kebencian kepada Imperialis Jepun. Mesti ada sebab kenapa mereka yang terkena secara langsung tidak menyokong perjuangan komunis bukan? Mesti juga ada sebab kenapa begitu ramai orang-orang kampung sendiri yang menyertai pasukan Home Guard, AP yang membantu pihak polis dalam memerangi komunis. Orang kampung tolong polis Britih, bukan komunis. Jadi nak kata tok nenek kita semua ini pencacai British la kan?
Lagi satu hal, kalaulah komunis ini berjaya menghalau British, kau ingat Tanah Melayu ini betul-betul merdeka? Komunis punya perjuangan, dari mana mereka dapat dana? Siapa yang bagi sokongan? Jadi kalau diberi pilihan jadi 'adik angkat' kapitalis British atau komunis China, mana lu nak?
Lagi satu, bila Tunku Abdul Rahman naik jadi CM setelah kemenangan besar Parti Perikatan yang diundi tok nenek kita, dia terus offer amnesty bersyarat kepada CPM.
CPM, bila naik kuasa selama 2 minggu lepas kekalahan Jepun, apa dia buat?
Ya kita memang tidak 100% merdeka kita Tunku melaungkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Tapi, cuba kita lihat dari sudut positif. Ketika konfrontasi Indonesia, siapa yang datang tolong kita? Siap ada covert operation lagi tu. Dah macam CoD Black Ops.
Kemudian pasal Negaraku. Menggelabah orang Indonesia bila sedar yang lagu Negaraku iramanya sama dengan lagu Terang Bulan. Tapi gua tetap tak menggelabah. Pasal gua sudah lama tahu pasal hal ini. Negaraku diadaptasi daripada Terang Bulan dan Memula Moon, dan irama Negaraku juga sama dengan lagu negeri Perak.
Well, yang mana satu yang original?
Jawapannya ialah La Rosalie karya Pierre-Jean de BĂ©ranger. Kemudian diadaptasi menjadi lagu negeri Perak pada 1888. Kemudian menjadi Terang Bulan, kemudian menjadi Memula Moon dan akhir sekali menjadi Negaraku.
Alah Indonesia ni, kecoh je lebih. Bukan ori mana pun. Nak kene bako ke?
Berbalik kepada Negaraku. Bagi gua, fungsi anthem adalah bukan menjadi seoriginal yang mungkin, tetapi fungsinya adalah untuk menaikkan semangat patriotik ketika ianya dilagukan kan dinyanyikan dan bagi gua, Negaraku sangat cemerlang dalam hal ini. Tiap kali gua dengar Negaraku, hati gua kembang dan bulu tengkuk berdiri. Gua bangga menjadi rakyat Malaysia.
Hell, even gua rasa Negaraku way better than The Star-Spangled Banner and God Save The Queen.
Untuk Jalur Gemilang pula, gua rasa banyak lagi negara yang benderanya seakan-akan sama. Tengok sajalah Singapura dan Indonesia. Negara berjiran lagi tu.
Gua fikir macam ini saja. Kalau lu dilahirkan cacat, lu nak terus menangis dan meratapi kecacatan lu sambil duduk tersipu malu sambil menyalahkan orang tua yang melahirkan lu cacat, atau lu bangga dan tidak malu dengan kecacatan lu sambil berterima kasih kepada orang tua kerana telah melahirkan lu dan lu terus berusaha gigih untuk maju kedepan.
Malaysia dilahirkan tidak sempurna.
Dah 54 tahun, tengok sekarang kita dimana.
1 comment:
Aku setuju setiap patah yg kau terangkan. Sebenarnya masalah ini berpunca dari kecetekan ilmu dan ranionalisme orang Malaysia. Asal ada org pertikai, mereka sokong tanpa usul sebab. Tiada pemikiran logik.
Malaysian, terutamanya Melayu perlu lebih bijak sebelum berpetah. Jangan pangkat membutakan akal.
Hargai jasa wira - wira sebenar. Jangan cuba putar belitkan fakta demi publishiti.
Teruskan penulisan bijak bro.
Post a Comment