Tuesday, August 23, 2011

Confession of a Shopaholic Makcik



Gua ada satu benda yang gua tak faham dari dulu sampai sekarang.

Kenapa makcik-makcik warganegara Malaysia ini bila pergi makan angin, nafsu shopping gila rakus membuak-buak. Macam singa kena kurung sebulan tak makan dilepaskan dalam kandang kambing.


Ok, ini macam.


Bulan lepas gua merentas French Indochina. Siem Reap - Phnom Penh - Saigon.

Daripada pemerhatian gua, tempat terbaik untuk mencari rakan senegara adalah di restoran halal, dan juga tempat membeli belah.

Mula-mula gua rasa agak lawak juga tengok gerombolan makcik-makcik ini menggeladah habis semua deretan kedai-kedai yang ada di situ. Tapi bila dah lama-lama tengok, gua jadi agak ralat pula.

Exhibit A.

Contoh terbaik masa gua di Phnom Penh. Ada satu rombongan dari Kedah datang melawat ke Chong Euk Killing Field. Gua tengok makcik-makcik yang berjalan di situ langkahnya berat mukanya ketat. Bosan mungkin. Kemudian petang harinya gua jumpa balik rombongan ini di Russian Market. Masa ini bukan main lagi. Gua lalu sebelah saja gua dah boleh rasa aura hormon adrenalin mengalir laju dalam tubuh masing-masing.

Russian Market itu sudah la sesak, sempit, panas lagi tu. Tapi gua tengok makcik-makcik ini tetap tidak gentar dan terus berjuang membeli-belah.


Memang gua tak faham.


Exhibit B.


Saigon Night Market. Gua di Saigon ketika musim hujan. Boleh kata setiap hari gua di Saigon itu akan hujan cuma pattern hujannya lain sikit. Hujan akan turun mendadak lebat dan berlarutan dalam lebih kurang 30 hingga 45 minit. Kemudian ia akan berhenti sekaligus ataupun gerimis untuk jangka masa 20 minit lebih kurang.

Cuma masalahnya kalau di waktu malam, lu tak boleh agak bila nak hujan. Tengah jalan elok-elok tiada angin tiada apa terus turun mendayu-dayu. Nak tak nak terpaksa la gua berteduh di kaki lima bersama beratus-ratus penunggang motosikal Saigon yang lain.

Pasal gua dah lapar gila malam itu, hujan reda sikit gua terus sambung jalan. Gua mahu cari kedai Pho 2000. Katanya presiden Bill Clinton pernah makan situ. Bila berjalan melintas Night Market, gua perasan suasana agak lengang.

Gua pusing ke situ kejap pasal gua pun tak usha apa lagi ada di Night Market ini. Tak ramai orang lagi bagus. Gua tak suka sesak-sesak.

Bila sampai di situ, gua kagum dengan apa yang gua lihat. Makcik-makcik warganegara Malaysia masih gigih dan bersemangat waja melakukan aktiviti membeli-belah.

Gua rasa macam tak percaya. hampir majoriti di situ rakyat Malaysia. Dah rasa macam di Gerbang Malam, atau Uptown pula.



Mungkin sebab di itu Kemboja mahupun Vietnam, ramai saja peniaga yang boleh berbahasa Melayu basic.

"Kak, mari beli kain murah-murah.", "Abang, beli t-shirt."

Mungkin majoriti pembeli-pembelinya semua kakak-kakak, abang-abang dari Malaysia.


Ok, gua faham memang barang di situ murah. Gua angkat bagpack USD10, jam tangan Tag Heuer USD20, t-shirt di sini dalam 2-3 dolar sahaja. Tapi bila tengok makcik-makcik ini berbelanja, gua jadi pelik.

Sampai sekarang gua tak faham.

Gua boleh tahan lagi kalau semangat nak indulge dalam culture dan history sama banyak dengan semangat untuk shopping. Tapi kalau pergi dengan mindset shopping saja, gua tak tahu nak cakap apa la.


Teringat gua apa yang Mike Barish kata.

"There are travelers and there are tourists. Travelers explore new places, immerse themselves in diverse cultures and respect their experiences. Tourists gawk, point, mock and generally embarrass themselves while poorly representing their native cities and countries."





1 comment: