Wednesday, April 13, 2011

Random Schmandom

Tiada orang nak kaji simbolisme Freemason/Illuminati dalam video ini kah?



Lagu yang selalu gua dengar bilamasa mahu melayan syahdu perasaan.
Terutamanya masa tengah bersesak-sesak dalam traffic jam.

Serius gua memang bengang betul dengan laporan trafik dalam radio.
Memang tak boleh pakai, atleast untuk laporan trafik di Kota Kinabalu la.

Tiap petang gua duduk termangu melangut dalam kereta sambil usha kiri kanan kot-kot ada sumandak yang tersekat sama, tiap kali itu jugalah penyampai radio akan berkata "trafik di Kota Kinabalu lancar".


Palui.

Sot ke apa kamu ni ba.

Kalau duduk statik di tengah-tengah jalan raya beratur panjang dengan beratus kenderaan lain, itu bukan 'trafik lancar' namanya.



Cerita lain.



Gua tak tahulah ini memang kes terpencil ke apa, tapi gua tengok geng-geng yang selalu main bola dengan gua kat sini banyak yang bercacah tatu.


Cool sial.


Tatu pula bukan cacah kat tempat-tempat tersembunyi. Tatu ada kat lengan, tangan, kat leher. Kira kalau pergi kerja, memang nampak la.

Gua tak tahulah ini memang special case untuk kompeni dia saja, atau memang di Borneo ini penerimaan tatu lebih terbuka berbanding di Semenanjung.

Kalau memang pasal Borneo ini lebih relaks dan terbuka, memang bertambah lagilah sebab kenapa gua perlu berhijrah terus ke sini.



Cerita lain lagi.



Lately ini memang sibuk betul. Kerja bagai nak gila.

Bos gua mahu balik Semenanjung minggu depan, so semua kerja dia pulun nak siapkan sebelum dia balik. Banyak benda gua nak buat tapi malas pasal balik tumah saja letih macam haram jadah.

Nak mengorat sumandak Borneo Museum Kopitiam pun tak lalu.


Tapi, yang untungnya, masa dia balik itu, dia kasi gua cuti berhura-hura di sini lah.


Jadi nantikan perjalanan solo lelaki pop semenanjung merentas Borneo tak lama lagi.