"Orang tamak selalu rugi".
Kata pepatah Melayu.
Ye ke?
Patutlah pegangan ekonomi orang Melayu di Malaysia ini masih compang-camping walaupun dah diberi bermacam-macam peluang.
Gua tak nampak pun kaitan antara 'tamak' dan 'selalu rugi'.
Tiap kali gua mengikut nafus tamak haloba gua, tak pernah lagi gua rugi.
SM Nasimuddin mula dengan import kereta terpakai dari Jepun. Lepas itu dia jadi tamak, buat pula bisnes lain sampai tertubuhnya Naza Group of Companies.
Orang tamak selalu untung apa. Mana ada selalu rugi.
Kalau yang selalu rugi itu, tamak bodoh.
Masuk MLM, tamak selepas tengok iklan 'nelayan jadi jutawan'.
Gila apa.
Dah la tamak, bodoh, malas pula itu.
Memanglah selalu rugi.
Kalau tamak dan rajin (tak perlu bijak sangat pun. janji rajin) mesti selalu untung.
Bila dah jadi jutawan, bolehlah jadi nelayan.
Pakai yacht 30 kaki. Dekat stern sangkut pukat tunda.
Nak pakai bom pun tadahal.
Jadi, adik-adik, "orang tamak selalu rugi" sudah tidak relevan di zaman internet ini.
Itu semua datang dari zaman radio, mana boleh pakai sudah.
"Orang tamak, bodoh dan malas selalu rugi" manakala "orang tamak dan rajin selalu untung".
1 comment:
selain dari orang tamak senantiasa untung
orang tamak kene berada di tempat yang betul pada masa yang betul.
duduk pn kene dalam kumpulan yang betul.
macam abg long.walau x jadi menteri, proxy semua dapat AP.
haha
Post a Comment