Trouble follows me to my doorsteps I don’t want to know
Blood from Heaven and things from Hell they’re forcing me to go
So when you start to realize that I get no more sleep
Blood from Heaven and things from Hell they’re forcing me to go
So when you start to realize that I get no more sleep
Suicide Note daripada Disagree.
Lagu sebelum zaman skinny hijau-oren-merah menjadi norma kehidupan masyarakat remaja masakini.
Celaka betul la.
Aku tak tahu bila kali terakhir aku betul-betul menarik nafas lega sambil merasa semua masalah sudah selesai, tenang tiada apa hendak difikirkan lagi.
Serius.
Aku dan masalah macam Sid dan Nancy. Susah, mungkin sampai ke tahap hampir mustahil, untuk dipisahkan.
Orang selalu kata hidup tanpa masalah ini tak seronok. Tiada warna warni kehidupan.
Dan Tuhan takkan uji kita sampai ke tahap yang kita tak mampu.
Bullshit.
Kalau kau nak sangat masalah, nah ambil semua masalah aku, Aku taknak pun.
Hidup tanpa masalah membosankan? I don't give a flying fuck.
Ya memang Tuhan takkan uji sampai tahap yang aku tak mampu. Tapi dia uji memang betul-betul dah sampai limit aku. Sikit lagi memang tumpah.
Selalu gua tulis main-main dalam blog ini. Tapi kali ini betul-betul gua serius.
Sekarang 12.30 pagi. Boleh kata lebih kurang 1.30 pagi semenanjung la. Gua letih ini hari. Pekerja yang biasa kerja berat hari-hari pun dia kata ini hari dia letih. Esok ada kerja lagi.
Jadi memang kepala lancau la kalau kata gua tak serius lagi.
Serius cakap aku memang dah hampir-hampir sampai limit. Limit aku untuk terus berharap dengan Tuhan. Gua mengaku gua bukan manusia paling warak dalam dunia ini tapi at least sekarang gua tak buat benda-benda yang langsung tak berciri seorang Muslim.
Tapi kalau uji gua sampai gua tumpah, serius gua boleh putus harapan dengan Tuhan.
Sekarang gua ada di Kota Kinabalu. Betul-betul tempat yang sangat sesuai untuk putus harapan dengan Tuhan.
KK jangan dicuba-cuba.
Baru tadi gua sembang-sembang dengan Angie, sumandak dari Tamparuli. Gadis genit ini berdarah campuran Cina dan Dusun, atau lebih dikenali sebagai Sino-Dusun. Memang comel. Rating sepatutnya 6.5/10, tapi hidungnya yang bertindik membuatkan gua up kan jadi 7/10. Baru kali pertama jumpa sudah mengajak gua minum. Kalau setakat minum Kopi Janda gua tak kisah ini diajaknya pekena beer.
Gua saja pancing kata gua nak try tapai. Dia kata tiada masalah.
Gadis cantik ajak minum, orang bodoh saja yang tolak.
Dan gua memang orang bodoh.
Pasal gua masih ada harapan dengan Tuhan.
Gua memang marah. Tapi gua tak tahu gua marah dengan apa, dengan siapa.
Yang pasti gua tak marah dengan Tuhan, atau mungkin gua cuba sedaya upaya untuk tidak marah dengan Tuhan.
Orang kata semua benda yang terjadi ada hikmah.
Hikmah ke, Hidayah ke, Angie ke, Lisa Surihani ke, gua tak mahu.
Yang gua mahu untuk hidup tenang.
Kalau nak uji pun, jangan la berderet. Bagi gua can nak bernafas sikit.
Dan gua tak bercakap pasal result gua, pasal result UTP baru keluar semalam.
Result gua taklah membanggakan sangat, tapi kali ini memang paling tinggi yang pernah gua dapat sepanjang gua kat UTP.
Sepatutnya sekarang gua bernafas lega sikit, meraikan kehidupan gua, minum-minum(Kopi Janda, bukan beer) dengan Angie ke apa tapi tak.
Gua kat sini, venting my anger out.
At 1 o' clock in the morning.
Masih tak dapat tidur.
Babi.
5 comments:
anggap mslh 2 s asigmen lcture ko bg,
utk cver carry mark mse final,
n ak xrse pn ko nk kte lcture ko bbankn ko,
n sbg hamba yg xbpe ptuh printah,
pe hak kte nk mrungut,
wa xrse pe yg lu rse,
tp bek2 bek, slh ckp bruk pdhnye,
bruk pdh xp lg, rosk akidah?
bhy beb,.
gua rasa lu pun pernah ralat dengan lecturer lu bila dia kasi assignment bertimbun tak habis kan.
rasa tak puas hati, marah itu normal. tanda anda masih berperasaan. masih seorang manusia.
gua tak kisah Dia nak uji, tapi jangan la teruk sangat.
Gua letih bai.
Dia yang cipta aku macam ni, Dia yang buat aku macam ini, jadi pandai-pandai la Dia.
mungkin ada hikmah di penghujung jalan.
mungkin 10 tahun lagi gua boleh look back and kata, patutla Dia buat aku macam ini pasal Dia nak aku jadi bla bla bla.
Mungkin.
Teguran ikhlas beb. mungkin lu taip pakai phone, tapi jangan la short form sangat beb.
terkial-kial aku nak baca. haha
lek bro, wa dlu repeat paper 2 kali satu sem apa ada hal,sorang2 lak tu,kah3
pulun : tak repeat tak hensem ah.
salamshak..muaz mustapa ni..hmm..mmg ar shak..ujian ni bnda yg berat..
tp ad dlm quran 'allah x kn uji mlainkan Dia tahu, hmba die mmpu'
yupp..mmg kdg2 its over our limit..but..u've to know that..to be an extra genius man like u always said u want to be..its no easy as u think..
by giving u some test allah want to increase ur status from normal servant to a little higher than present..
allah also test us because when u start to overcome this..u ll be more closer to Him..than is how allah show His loves to us..
seriously..ak kdg2 kna jgk cm ni..
Post a Comment