Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu Lelaki Cool 2

Hujung minggu bukanlah alasan untuk tidak bangun awal. Bila anda tidak cukup tidur di hujung minggu, anda ada alasan untuk tidak bangun awal pada hari-hari biasa.

Jadi pagi tadi gua dengan AL "Champayon" Capone meredah udara segar pagi menuju ke Ipoh.
Destinasi, pasar Loken. Atau nama komersial barunya Memory Lane. Nama lamanya, mengikut mitos dan legenda orang-orang tua, bazar Lam Kook Ing. Siapa Lam Kook Ing, apa signifikasinya, gua pun tak tahu.


Macam-macam ada di Loken. Daripada barang-barang antik, lampu kereta, LP-LP lama, baju-baju bundle, majalah/novel/buku, ubat kuat hingga ke pinggan mangkuk. Motor pun kadang-kadang ada yang hendak dijual. Gentleman literature pun gua pernah jumpa. Penthouse edisi 80-an.

Gua dengan poket yang nipis, tidak berharap dapat membeli apa-apa pun. Mencari cinta mungkin.

Mitos dan legenda orang-orang tua juga ada mengatakan bahawa Loken ini masa dulu adalah tempat untuk mencari barang-barang elektrik atau kasut yang dirembat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.


Ini favourite gua ni.











Makcik otai LP. Dari Uji Rashid, ke Deep Purple, hingga ke The Beatles. Pakcik otai(tiada dalam gambar) pula menjaga 'turntable'(ada dalam gambar).




Apek repair jam.



Siapa pernah pergi Loken mesti pernah jumpa pakcik ini buat pertunjukan bersama ular-ularnya. Sambil pertunjukan, macam-macam ubat dijual.




Di mana ada kumpulan manusia, pasti ada watak ini. Dia mengingatkan gua kepada seorang mamak jual karipap satu RM2 di Padang Polo, Penang. Bunyi macam mahal tapi gila berbaloi. Karipap besar tapak tangan. Antara karipap paling sedap pernah gua telan.




Mamat busker yang menambah rencah di Loken.




Dan gua akhiri hujung minggu lelaki cool gua di sini. Memang terbaik. Ranking Top 3 dalam list cendol gua. Memang kena datang lagi.





Dan benda paling menggiurkan gua jumpa di Loken tadi. Satu set Katana. Gua tak berani tanya pun harga pasal confirm tak mampu. Second menggiurkan satu bundle majalah British Scooterist Scene edisi 80-an. Majalah ini mati awal jadi memang rare. RM300. Siapa belanja salah satu atau kedua-dua barang ini memang gua cium satu kali di pipi.



Gua ingat nak tunggu poket menebal sikit gua nak pergi sekali lagi. Baru puas hati dapat bawa balik dua tiga barang.






Eh kejap,





Gua tak sedar macam mana gambar ini boleh ada dalam kamera gua.


Dan juga yang ini.






6 comments:

Akram said...

gila
pkcik ulaq tu mimang ada tiap minggu ka?

-shak- said...

itu la pasal.

Hakim KOT said...

smpi skrng karipap 2 msih ada g..
n the taste..
still the same..
kalo nk p jmpa..
p kat rokwok..
sure ada..

-shak- said...

rokwok mana?

asyraf hensem said...

yang dua gambar di bawah tuh menunjuk kan napsu anda newa behem.

Anonymous said...

peh..!