Saturday, June 12, 2010
Jubah, Serban dan Muzik
Gua tertipu pada malam Kick Off Celebration tempoh hari.
Mati-mati gua ingat opening game malam itu juga. Pukul 1.45 lagi gua dah melangut depan tv.
Gua tunggu punya tunggu bila la game nak start. Hati gua jadi makin panas bila seorang turun pentas, seorang lagi naik pentas. Bilanya nak habis entah.
"Ini World Cup ke World Music Festival?", getus amarah hati gua.
Gua ada juga syak sesuatu tak kena bila gua tengok segala bagai pentas lengkap atas padang dalam stadium. Tapi adik gua kata memang opening game malam itu.
Silap gua juga pergi percaya adik gua, tak pergi tanya Google. Kalau tidak pasti semua ini tidak berlaku. All hail Google!
Tapi bak kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Macam lepas ini gua kena paksa sama mak gua pergi kenduri. Mungkin gua akan bertemu gadis-gadis cantik yang melaram sepenuh hati.
Hikmah bagi malam itu, gua tertengok persembahan di atas.
Gua rasa mamat-mamat di USA mesti dah cuak bila tengok geng-geng ini atas pentas malam itu. Pasti mereka ingat terroris telah hijack malam opening World Cup.
Bila geng-geng terroris ini mula bermain, hati panas gua terus jadi sejuk. Gila layan bunyi-bunyian dia. Ditambah dengan jubah-jubah dan serban mereka, memang persembahan kegemaran gua untuk malam itu. Tambah-tambah lagu kedua mereka. Gua paling respek sama mamat yang balut habis muka dengan serban. Tinggal nampak muak sahaja. Yang baju kuning, serban gelap, main gitar. Sama juga dengan bassist-nya. Gila cool. Frontman-nya juga boleh tahan. Menanyi selamba dengan muka yang stoic. Bila gua tengok mamat jubah putih yang menari-nari atas pentas itu, terus gua teringat sama Bez daripada band Happy Mondays.
Habis persembahan, hati gua panas semula. Sampai Alicia Keys, gua putus asa. Gua tutup tv terus tidur.
Esoknya, gua buka Youtube, terus gua cari. Memang merepek. Yang ada BEP, Shakira, Alicia Keys. Memang golongan hedonis betul.
Hari ini baru gua jumpa, terima kasih kepada Harian Metro.
Mari kita layan sambil goyangkan badan dan kepala sambil tepuk tangan.
Serban dan jubah jangan lupa.
p/s : gua panas hati betul dengan commentator dalam video. lagu dah start seminit lebih sibuk duk bercakap lagi. macam setan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
gua tgk opening ceremony ngan geng
african.
dengar je lagu ni.pergh diorang layan..stoneed je.
teringat gua bila macam lu layan kump HUJAN dulu.
awak busuk!
kau kan ku terjah..akan ku terjah
MELODI!
cha gua dengar lu nak berangkat ke perhentian?
Cina Selatan kita bergerak!
bergerak!
Post a Comment