Thursday, May 27, 2010

Midnight Madness



























Pukul 3 pagi semalam.

Gua tak boleh nak tidur. Ini semua pasal tersilap langkah gua tertidur petang. Malam langsung berjaga.

Gua angkat basikal kayuh pusing Utopia Trauma. Banyak lagi lampu bilik menyala. Ada lagi kereta lalu-lalang.


Dan setelah berapa lama cuba bertahan, akhirnya gua jatuh juga ke dalam lubuk klise 'budak -budak seni fotografi' Utopia Trauma. Tangkap gambar masjid yang tiap-tiap hari cukup 5 waktu lu boleh nampak muka gua. Port gua selalu duduk belakang imam. Kot-kot imam salah baca gua boleh gua betulkan.

Betul.
Sumpah gua tak tipu.

Nak buat macam mana. Malam-malam mana ada banyak sangat benda nak tangkap. Bukan ada Liyana Jasmay sama Lisa Surihani pun. Tapi dalam hati gua berharap juga kot-kot Ponti Anak Remaja nak keluar.


Dah letih gua balik singgah bank kejap. Cucuk duit terakhir dalam bank.

Bila tengok baki bank gua, terus rasa nak tidur sampai masa duit masuk bulan depan.




Friday, May 21, 2010

Main Hujan









Hari ini salah satu proses dalam hydrologic cycle berlaku hampir setengah hari.

Boleh tahan juga dia punya lebat sampaikan rancangan gua nak beli nasi lemak champion depan Bank Rakyat pun terbantut. Tengok langit serupa nak runtuh. Kilat pula macam saling bersaing siapa lagi kuat.

Hujan lebat membuatkan suasana menjadi nyaman sekali.

Ini gua rasa satu petanda daripada Tuhan jadi terus gua tutup buku dan bermalas-malasan di atas katil.

Memang sekarang tengah musim final exam tetapi dalam kelas agama dulu gua ada diajar kalau Tuhan dah suruh, jangan membantah.
Gua ikut saja.



Indahnya hidup!


Monday, May 17, 2010

Klasik Jenan : Oi, Nak NGAS-MA ke NGAS-HA?

Sungai Perak, Mac 2009



Gua tah tahulah pasal budak-budak sekarang ini tapi siapa yang pernah duduk Jenan zaman 2000-2006 mesti tahu pasal Nasi Goreng Ayam Chik. Siapa tah pernah makan memang kodi.

Nasi Goreng Ayam Chik ini memang satu fenomena. Di dalam kurungan pagar Jenan yang makanannya rata-rata bawah dari average, mendapat sesuatu yang dapat mengkecurkan air liur dan menbangunkan segala tunas-tunas rasa di dalam mulut memang sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh keadaannya.

Macam mana fenomena ini bermula?

Tiada siapa tahu secara tepat tapi seingat gua ia diperkenalkan oleh errr.. sial aku dah lupa nama dia.(budak Juara batch 00-04 kecik-kecik. geng Jenan sila tolong isi tempat kosong)
Masa itu aku Form 1, dia Form 3. Masa itu lepas sembahyang Isyak dia akan terpacak bawah blok A dengan plastik besar penuh polistrin. Masa itu gua tak into lagi dengan nasi-nasi luar seludup ini. Gua layan kuetiau sama nasi lemak Majid(warden gua. lazat dia boleh tahan juga).

Fast-forward beberapa tahun, nombor telefon Chik pun bertukar tangan dari satu batch ke satu batch. Gua ingat masuk Form 4 baru gua betul-betul ketagihan. Masa itu nombor ada pada member dorm gua. Memang selalu gila order. Tambah-tambah masa Maghrib time tak turun masjid. Tapi masa ini gerakan semua indie. Setiap dorm order masing-masing. Sekali order dalam 7-8 bungkus sahaja.

Nasi Goreng Ayam Chik ada dua jenis, Nasi Goreng Ayam biasa, codeword NGA(sebut 'nga' macam nganga) ataupun Nasi Goreng Ayam Special, codeword NGAS(sebut 'ngas'. yang ini tambah telur). Side order lu boleh tambah Milo Ais, ataupun Horlick Ais, jadi codeword-nya NGAS-MA atau NGAS-HA . Kadang-kadang tambah top-up henpon dengan rokok. Gua pernah dengar khabar angin ada orang cuba nak order pil kuda sekali tapi gua tak dapat nak sahkan ini cerita betul atau cerita tipu.

Gua selalu layan NGAS. Baru sempurna sifat. NGA tak berapa nak layan. Ada duit lebih gua bantai MA atau HA. Memang kaw dia punya bancuh. Gua ingat lagi first time gua kena 'hit' sama NGAS ini. Masa itu sistem badan gua langsung terhenti, macam tertekan butang reset. Hidup gua langsung berubah, dah takkan kembali macam dulu. Rasa macam baru lepas cucuk heroin. Gua hampir menangis. Tekak gua memang hari-hari dahagakan air tangan Chik. Pernah ada satu minggu straight gua sama member makan NGAS. Ketagih punya pasal. Ada sekali gua demam. Memang jadi lembik gila. Makan tak lalu. Member gua tengok jadi kesian, terus tanya gua nak makan NGAS ke. Tiba-tiba air liur gua merembes. Nafsu nak makan tiba-tiba datang. Gua gagah juga berjaya makan, tapi berjaya habis setengah saja. Itu kali pertama dan terakhir gua makan nasi Chik tak habis.

Modus operandi mudah saja. Order dengan hantar mesej kepada Chik. Kemudian Chik akan mesej bila dia dah sampai. Dari atas blok A, dorm C4 yakni dorm gua boleh nampak Chik yang berbadan besar dan motor EX5-nya. Port pagar belakang Blok A, pagar yang sama untuk fly. Kepercayaan mutual memang tinggi. Pasal Chik tak pernah nak kira duit yang diberi, orang yang order pun tak pernah kira cukup tak barang yang di-order. Masing-masing nak cepat sebelum ternampak dek pak guard.

Kalau gua tak silap, hujung tahun Form 4 kot aktiviti nasi Chik bertukar daripada indie menjadi mainstream. Dahulu banyak main order untuk makan sendiri-sendiri saja. Member dorm gua, Mache bersama sekutu-sekutunya dan beberapa pemodal telah menukar perniagaan nasi Chik ke tahap baru. Tiap malam lepas kelas prep Mache akan order pukal dalam lebih kurang 40 bungkus. Macam mana Chik bawa 40 bungkus nasi atas EX5 itu memang kita kena tabik sama dia. Pemodal akan bagi duit untuk bayar dulu. Kemudian nasi akan dijual dengan keuntungan bersih sebungkus 50 sen. Untung bahagi sama-sama. Masa awal-awal berniaga, memang senang nak beli. Kadang-kadang terlebih pun ada. Tapi kalau dah namanya nasi Chik, kejap saja jadi gila. Populariti mendadak naik. 40 bungkus itu memang orang berebut-rebut. Kalau lu tak reserved dulu sama Mache, memang harapan lu nak dapat masa sesi jualan sangat tipis.

Adat resam dalam dunia perniagaan, mesti ada jatuh bangunnya. Ada juga dua tiga kali transaksi kantoi. Selalunya transaksi kantoi lepas bayaran dilakukan, terutamanya masa nak bawa nasi naik atas dorm. Ini selalu jadi pada blok lain, pasal exposure time dia lebih berbanding blok A yang memang dekat dengan tempat transaksi. Ada sekali kantoi paling grand, paling epik dalam sejarah perniagaan nasi Chik. Entah macam mana satu malam warden berjaya menghidu transaksi bawah tanah ini. Lepas kelas prep warden terus buat roll call. Mache dan sekutu tersekat di roll call, jadi tiada siapa yang pergi ambil nasi Chik di pagar. Chik terkulat-kulat balik ke kedainya dengan 40 bungkus nasi yang tak terjual.

Sejak kes itu nasi Chik terhenti seketika. Gua dengar cerita Chik merajuk. Masa zaman gawat nasi Chik ini memang diguna sebaiknya oleh peniaga-peniaga lain. Kejayaan nasi Chik telah menjadi inspirasi beberapa usahawan muda untuk memulakan perniagaan makanan mereka sendiri. Dungun, Kok dan Dhahab dengan nasi lemaknya. Kalau tak silap Zua pun ada meniaga juga. Kuetiau kalau tak salah. Lagi satu aku rasa macam ada orang jual burger tapi aku tak ingat siapa.


Bila gua cerita pasal nasi Chik ini, gua teringat balik masa itu. Dia punya perasaan memang sedap betul. Tambah-tambah masa zaman indie. Perasaan menunggu Chik datang dengan perut yang lapar. Perasaan berdebar-debar masa transaksi. Lepas itu dapat tarik getah ikat polistrin sampai bunyi 'pelepak!'. Bila buka polistrin lu nampak longgokan nasi goreng, ayam dan telur yang bercampur aduk dan nampak kesan dimasak secara 'rugged'. Langsung tak kemas, macam nasi ayam di kedai kelas tinggi. Tapi bila dapat suap masuk mulut, dunia berhenti seketika. Dunia berhenti semata-mata untuk beri lu peluang menikmati kunyahan dan detik-detik tunas-tunas rasa dalam mulut riang menyanyi dan menari.




Aduh rindu sial!




Friday, May 14, 2010

Jumpa Lagi, Encik Thomas

Merpati Siam, Mac 2010



Siapa yang tengok game Piala Thomas tadi mesti kecewa punya. Longlai sangat kalahnya. Langsung tak melawan. Satu set pun tak menang. Semua tersungkur
straight set.


Satu yang aku perhati, pemain Malaysia banyak buat silap yang merepek. Jenis silap bila main bawah tekanan. Rasa macam tak kena pula pasal main kat tempat sendiri. Kalau main kat tempat lain lain ceritalah. Nampak macam pemain China pula yang main kat
home.

Aku tengok dalam hal ini penonton Malaysia tak banyak membantu. Tak rasa macam main di Malaysia.

Masa mula-mula Chong Wei main memang best. Sorak bukan main kuat. Tapi bila Chong Wei kena lanyak set pertama, sorak makin tiada. Sampai ke Choong Han langsung senyap. Pemain China makin relaks, yang Malaysia makin merapu. Hilang semangat hilang punca.


Aku faham semua rasa tak puas hati pasal kalah tak melawan. Tapi masa-masa macam ini lah kelebihan main di tempat sendiri main peranan. Patutnya kita tak patut duduk menikus. Patutnya kita sorak lagi kuat. Bagi bergegar satu stadium. Geng-geng Kelantan masa inilah nak kasi buka efek letup-letup. Bagi pemain lawan rasa goyang sikit. Bagi dia rasa yang dia tengah lawan bukan yang pegang raket dalam gelanggang saja, tapi yang pegang sepanduk, yang kibar bendera, yang ketuk gendang, yang korek hidung, yang usha awek, semua yang duduk dalam satu stadium.

Tengok macam mana Greece kitai pasukan gergasi Eropah lain masa EURO 2004. Tengok macam mana Liverpool kena kitai 3-0 masa separuh masa pertama. Ketika waktu rehat stadium Istanbul bergegar dengan lagu YNWA. Apa jadi lepas itu masuk dalam lipatan sejarah.


Dah cerita badminton dah boleh tutup sebentar. Kita gerak Ipoh pula layan hoki.

Tunjuk sikit sama orang luar macam mana rasa cuak bila lawan Malaysia!

Melay
... errrr Malaysia Boleh!

Sunday, May 9, 2010

Shalom, dude!

Tarian tiang di Sungai Perak, Mac 2009


Orang Islam dan Yahudi ini sekarang sudah macam magnet. Bukan melekat pasal berlainan kutub tapi menolak pasal sama kutub. Ini gua tengok agak janggal pasal gua rasa orang Islam dan Yahudi ini banyak persamaannya.

Kita berasal daripada keturunan yang sama, kita makan daging yang disembelih, kita sama-sama sunat, kita penganut agama langit, kita punya tanah suci yang sama dan macam-macam lagi persamaan dalam cara hidup yang dianjurkan oleh pegangan masing-masing.

Susah lagi hendak cari negara Islam yang masih ada penduduk beragama Yahudi. Di Afghanistan ada kot seorang. Di Malaysia gua rasa semua dah pupus.

Kalau hendak dibandingkan nasib orang Islam dengan nasib Yahudi, gua rasa umat Islam lebih bertuah, walaupun dikatakan bangsa Yahudi ini 'bangsa yang terpilih'.

Gua rasa waktu paling getir dalam sejarah umat Islam adalah ketika zaman Mekah sahaja. Lepas itu Islam terus berkembang dan maju sehingga zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah. Walaupun Islam sudah tidak berkuasa, tapi umat Islam sekurang-kurangnya masih kaya. Lihat saja negara-negara Arab. Di Malaysia pun apa kurangnya. Khairy Jemaludin pun ada Lambo sebijik.

Kalau hendak dibandingkan dengan Yahudi, hidup mereka lebih getir. Bermula dengan zaman perhambaan oleh Firaun, Yahudi diselamatkan oleh Musa dan mereka hidup senang di Baitulmaqdis sebelum ditawan oleh tentera Babylon. Selepas Babylon, baru boleh nak bernafas sedikit, kena pula layanan kejam oleh kerajaan Rom. Kemudian beratus tahun lagi dijadikan hamba dan dibunuh oleh kerajaan Islam, Kristian dan pada zaman moden semua orang pun tahu tentang layanan Adolf Hitler dan Third Reich-nya terhadap kaum Yahudi.


Gua bukan seorang Jews sympathizer macam orang-orang dalam UN yang bagi hak untuk Yahudi mencabul tanah Palestin untuk dijadikan Israel. Kalau hendak difikirkan secara logik, memang patut pun Yahudi diberikan negara sendiri, pasal dah beribu tahun kena lanyak, tak dapat-dapat juga tanah.


Hostility umat Islam kepada Yahudi gua rasa tidak berasas, kerana ianya terlalu am. Kita perlu menjadi lebih spesifik. Kita kena pergi kepada punca kepada pergeseran ini.

Apa puncanya?
Zionisme.

Untuk menyamakan Zionisme dengan Yahudi samalah dengan menyamakan Taliban dan Al Qaeda sebagai Islam.
Itu gua rasa sudah semacam satu insult.

Zionisme ini lebih kurang macam ekstrimis Yahudi. Mereka yang memulakan dahulu doktrin untuk membolot tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel. Zionisme ini dimulakan oleh geng Yahudi sekular. Kalaulah geng-geng pengasas ini jenis Yahudi yang warak sikit, pasti mereka boleh lihat yang orang Islam ini lebih kepada kawan berbanding musuh. Sekarang ini pun doktrin tamak tanah Zionis ini ditentang oleh penduduk Israel sendiri, terutamanya daripada golongan yang berjambang lebat ber-sideburn gulung.
Kita marah bila media Barat mengeneralisasikan Islam ekstremis dan Islam tetapi kita buat perkara yang sama terhadap Yahudi.


Cuba bayangkan, jika kaum Yahudi boleh tolak doktrin Zionis, dan umat Islam boleh buang hostility tak berasas kepada kaum Yahudi, dan tok-tok Arab ini tiba-tiba ada 'bola' untuk cakap 'Fuck You' kepada USA, world peace gua rasa dah tak jauh sangat dah.

Bukan susah sangat pun. "All you need is love", kata-kata pujangga daripada The Beatles. Buang prejudis jauh-jauh. Gua tak benci Yahudi, sejak hati gua dicuri dua gadis yang bernama Natalie Portman dan Melanie Laurent. Banyak filem-filem dan muzik-muzik yang aku minat adalah hasil tangan Yahudi. Dalam kalangan member-member gua pun gua syak ada yang sipi-sipi dengan Yahudi. Kulit saja Melayu Totok, tapi darah Yahudi Ortodoks.


Dah. Gua dah bagi penyelesaian kepada masalah keamanan dunia. Sekarang gua tengah tunggu jemputan untuk aku ambil Nobel Peace Prize sampai ke rumah gua.
Obama yang tengah invade Iraq dan Afghanistan pun boleh menang, takkan gua tak boleh!

Tuesday, May 4, 2010

Bang a Gong



Dari semalam gua fikir pasal benda ini.
Nak buat ke tak nak.

Si dia dah lama suruh buat.
Aku pun dah lama tak buat benda ini.

Last aku buat awal 2008.

Kalau buat, rasa boring pula.
Ramai sangat orang dah buat.
Rasa tak special. Tak individualistik.

Tapi yang sekarang ini pun rasa boring juga.
Dah lama aku buat.

Kalau aku buat yang baru ini, leceh.
Nak jaga bagi elok banyak songehnya.

Tapi yang lama pun sama juga. Leceh juga.
Kadang-kadang rimas pun ada.

Dah lama simpan. Sayang pula nak buang.
Tapi boring.

Dari pagi gua duk pikir benda ini.
Last-last gua nekad.
Petang tadi gua pergi juga.

Gua pergi potong rambut bagi pendek.
Dua-dua belah, if you what I mean.




Sunday, May 2, 2010

Muda Mudi









Gua terbangun awal ini hari. 6.15 pagi.

Mula-mula gua terkejut tengok langit merah masa gua baru bangun. Gua ingat mentari merah di ufuk senja.
Rupanya fajar pagi. Entah bila last gua jumpa fajar pagi.


Bangun pagi awal-awal ini satu saja masalah dia. Lapar.
Pukul 8 lebih gua jalan tengok kafe gua tak buka lagi. Makcik cleaner cakap tengah hari baru buka.
Perut gua dah pedih. Malam semalam pun tak makan.

Gua angkat basikal pergi kayuh cari breakfast.
Segar betul udara pagi-pagi.
Dapat dua bungkus nasi lemak, kayuh balik pula.


Fuh rasa macam zaman muda-mudi di Teluk Intan!