Friday, July 24, 2009

My Name is QC. Short for Que Chill

Aku bosan nak mati dalam bilik. Rasa panas pun ada. Aku buka tingkap sikit, selak langsir.

Jadi badan tak berbaju aku boleh dilihat dari luar. Kali terakhir aku periksa, 5 orang gadis manis sudah sasau bila terlihat muka kacak dada sasa tidak berbaju ini bergaya menghadap komputer riba.

Bila aku bosan, macam-macam boleh jadi. Contoh, pergi Batu Gajah semata-mata mahu lihat Acha Septriasa versi pam minyak.

Tapi malam ini aku tak ke Batu Gajah.

Malam ini hip-hop is the shiznit, yo!


Masa sekolah dulu, semua orang sibuk dengan muzik-muzik Indon. Melimpah ruah di corong-corong radio tempatan. Semua orang sibuk bersiulkan lagu-lagu generik yang formula diulang pakai berulang kali.

Aku bosan.

Ketika itu juga, aktiviti kugiran tempatan yang budak-budak sekarang panggil 'indie' memang macam sesak hidupnya. Tiada exposure. Gig-gig pun susah dapat permit.

Terima kasihlah kepada kempen Black Metal akhbar tabloid nombor 1 negara dan juga Mastika, yang satu masa dahulu adalah majalah ilmiah golongan akademik dan nasionalis.

Masa itu, Xfresh masih lagi Xfresh. Aku selalu dengar malam-malam. Orang lain sibuk dengar ERA dengan Hitz apa kejadah lagi.

Banyak lagu-lagu hip-hop. Memang exposure untuk scene tempatan lebih banyak kepada hip-hop pada masa itu. Aku pula bukan internet savvy lagi, tak reti nak mencari dengan lebih mendalam. Apa yang keluar radio, itulah yang aku boleh dengar.

Bukan macam budak-budak sekarang, Myspace la, AMP la, The Weekend Session la, macam-macam. Senang kerja.


****


Lawak pula bila aku kenang masa dulu.

Macam-macam.

Biasalah, budak baru nak meningkat remaja.
Semua orang pun pernah melalui peringkat ini kan.

****


Malique dah keluarkan OK, Joe pula dengan Prezident.

Katanya tahun depan nak Malique dan Joe nak kembali keluarkan album terbaru Too Phat.

Damn.
Tak sabar rasanya nak rasa balik menjadi seorang remaja sekolah yang gedik.



"They always asking what I like what I do,
I do what I like and I usually like what I do.
I write my own bars, I write my own laws,
Wash my own drawers, scratch my own ball."

"You can kill me in my dream but you cant kill my dream."

"See I aint like you, I dont simply say that I dont like you."

"But come on, sometimes a genius thinks with it penis."


-Que Chill-

5 comments:

lynntermizi said...

awk mmg gedikk! heh:pp

jeff said...

saya bukanlah peminat tegar hip-hop/rap/apa-apa aje lah namanya, tapi rebirth into reality best. huhu

-shak- said...

setuju.

terbaik dari too phat.

aku beli sampai 2 kot album dia..

pasal yang 1st kaset berbelit dalam radio.


damn.
rasa tua pulak.

mana ada orang pakai kaset lagi dah.

asyraf hensem said...

kalau nak kaset too phat plan B
bln 12 kang kiter dgr semula

mizz nina comin thru;
with the crew n too phat
have u ever senn hot b girl emcee
burst rhyme the mad

position baby freeze(buat style freeze b-dance)

ya a aw!

-shak- said...

ya a aw!
chop! itu bunyi pelaris
ingat tak dulu-dulu
nope! dulu-dulu dah habis.


haha.