Sunday, July 26, 2009

Take A Walk on the Wild Side

Kita perlu banyak membaca untuk ada banyak idea untuk menulis.

Kebalakangan ini, yang banyak aku baca hanya SMS dan emel berkenaan kerja.
Gila bosan.

Otak jadi lesu. Tiada idea nak menulis.

Oh aku baru teringat. Buku Memoir Rashid Maidin aku tak habis baca lagi.

Lama dah terberhenti. Semua sebab masalah besar itu lah. Macam gampang. Terus hilang minat aku.
Lagipun buku itu aku pun tak berapa suka. Terlalu mengagungkan PKM.

Aku akui memang PKM dan golongan kiri banyak menyumbang kepada proses kemerdekaan, tapi mereka juga banyak buat benda-benda yang tidak patut.

Ambil contoh, apabila Jepun angkat kaki dari Tanah Melayu.

Apa PKM buat? Keluar dari hutan terus serang balai polis dan penduduk kampung yang disyaki sebagai tali barut.
PKM ada peluang untuk menunjukkan mereka boleh membimbing penduduk Tanah Melayu ketika itu ke arah masa depan yang cerah, tetapi mereka melakukan sebaliknya.

Dan peristiwa yang banyak menumpahkan darah itu langsung tidak disentuh oleh Rashid Maidin, setakat yang aku baca inilah.

Tapi kalau ikut timeline, aku ingat aku berhenti dulu ketika penjajahan British kali kedua. Jadi kemungkinan besar bab itu Rashid Maidin tidak sentuh langsung lah.


Kalau aku, pasal ideologi atau sejarah, aku lebih suka baca penulisan yang lebih bersifat neutral. Kalau nak 100% neutral, memang tak dapat. Pencerita pasti ada bias-nya. Itukan yang kita belajar untuk Bab 1 matapelajaran Sejarah Tingkatan 1. Sejarah ada bias-nya.


Sebut pasal Sejarah, aku tak faham kenapa dalam silibus matapelajaran Sejarah seakan-akan menggambarkan golongan kiri ini sebagai 'watak jahat'. Mereka juga pejuang kemerdekaan, dengan cara mereka sendiri. Sepatutnya diberikanlah sedikit penghargaan kepada mereka.

Hal ini pernah disentuh dalam rancangan Di Luar Lingkungan bersama Syed Munawwar ditayangkan di TV1 . Ketika itu salah seorang ahli panelnya adalah Fahmi Reza, pembuat dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka dan Revolusi '48.

Ia dijawab oleh seorang ahli akademik daripada Kementerian Pelajaran kalau tak silap. Katanya, silibus terpaksa dipadatkan dan disertakan visual agar pelajar tidak mudah bosan. Jadi, tak semua cerita dapat dimasukkan dalam buku teks Sejarah.

Kalau nak padatkan, yang sibuk masuk banyak-banyak sejarah Eropah itu apa kejadah. Sikit-sikit cukup. Bukan kena-mengena sangat pun dengan kita. Lagi baik masuk banyak cerita pasal sejarah negara kita.



Damn.
Tadi aku cakap tiada idea nak tulis.
Sekali tengok panjang juga aku tulis ini.
Hehe.

No comments: