Monday, July 27, 2009

Islam? Huh, Buat Malu Je

Kita diajar Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan.

49:13 O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honored of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).


Tetapi, hadis yang dipegang antara Sunnah dan Syiah pun dah tak sama, apa yang berpadunya?


Jangan salah faham.
Bukan ajaran Islam itu yang salah.
Penganut dia yang salah.

24 comments:

N.HIDAYAT said...

Nabi Muhammad SAW pernah memohon 3 perkara dari ALLAh SWT

1. Jangan biarkan umatku (seluruh dunia)mengalami bencana besar, Allah memenuhi tuntutan itu.

2. Jangan biarkan umatku seksa kerana punya pemerintahan yg kejam. Allah bersetuju.

3. Jangan biarkan umatku berperang, bergaduh, berselisih faham diantara mereka. Allah katakan 'tidak'.

Mmg tlah ditntukan Allah, kita umat manusia akan berselisih faham, bergaduhan sesama sendiri dlm mncri kebenaran. Akhirnya yg berjaya mncri dn menyusuri jlnnya yg benar, akan selamat dunia akhirat.

wallahualam

-shak- said...

jadi, takkan kalau dah kacau bilau kita nak biar saja.

kata umat terbaik.

dan cerita di atas datang dari mana?

kalau dari al-quran, ya memang boleh percaya.

kalau dari hadis, boleh diragui sahihnya.

loyal_creed said...

wah2...alhamdulillah....kawan ku dah tobat...

-shak- said...

gua dah join tablighblah.
haha.

asyraf hensem said...

salam ya sheikh!

N.HIDAYAT said...

shak,

aku dgr tuh dr my lecturer,nnt aku tanyakan sumbernya...

kita ada byk sumber perundangan dalam Islam..Allah menjadikan Al-Quran itu luas dan membuka ruang ijtihad...kenapa? supaya Al-Quran itu x limited, supaya boleh byk membntu menyelesaikan prmslhn...

apa masalahnya dgn hadis? baca tentang hadis dan cara2 menjadikan hadis, kategori2 hadis...aku ada explain sikit kat entri yg ko komen tuh, senior aku pun ada bg sikit hujahan...

kalo nak harap hujahan aku, mungkin x cukup mantap...tapi senior aku tuh IAllah

-shak- said...

kau ada baca tak link yang aku bagi tuh?

tu asalnya buku dalam bahasa melayu tapi ada orang translate atas kebenaran penulisnya.

aku bagi 1 contoh.

hadis ini mula muncul ketika beratus tahun selepas nabi wafat.
sekali dengan berlakunya pergolakan kuasa dalam pemerintahan Islam.

masing-masing hendak meletakkan pemerintah pilihan menjadi berkuasa jadi ramai yang mula mengeluarkan hadis-hadis yang memenangkan kepada pihak masing-masing.

sebab itu hadis Syiah dan Sunnah pun tak sama.
dan ada juga hadis yang dikatakan sahih tapi tidak selari dengan al-quran.

lagi satu, macam mana nak tahu hadis itu benar2 betul padahal penceritanya sudah lama tiada.

kita tahu yang maksum hanya nabi seorang jadi ada kemungkinan berlakunya kesilapan.
ingat permainan telefon buruk? baru pass mesej melalui beberapa orang pun dah berterabur.
ini sudah beratus tahun.


lagi satu, Nabi sendiri ada mengeluarkan larangan mencatat apa-apa yang dikatakannya melainkan ayat-ayat Allah.

sebab itu zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar tak munculnya hadis-hadis ini.


aku sokong konsep ijtihad itu. Eropah menamatkan zaman gelap mereka dengan menggunakan pakai konsep ijtihad yang ditiru dari umat Islam ketika itu.

tapi ada hadis yang menyebut, barangsiapa yang menafsir ayat al-quran, dan tafsirannya tepat, dia berdosa.

hadis tersebut solah-olah menolak konsep ijtihad.


sebab itu aku suruh kita kembali kepada al-quran. al-quran menyatukan kita. hadis membezabezakan kita. dan KITA itu aku maksudkan Islam, bukan hanya golongan Sunnah.

kita selalu menyatakan Allah maha mengetahui. jadi sepatutnya al-quran itu sangat lengkap kerana ia datang dari allah.


aku bukan nak menolak 100% hadis. hadis ada gunanya, antaranya sebagai catatan sejarah. tapi kalau hadis yang tidak selari dengan al-quran, patutnya kita tolak lah.


baca la link yang aku bagi tu.
dia punya penjelasan lagi lengkap.

N.HIDAYAT said...

shak,
footnote tu aku x tuju kpd sesiapa secara spesifik...ikhlas, aku cakap secara rambang je, sebab aku nye self confident rendah bila cakap pasal agama, tapi aku mahu belajar dan berkongsi...sebab kat jenan dulu, aku dgr 'org kuat agama' gelar aku pelacur..haha sebab aku couple...mende tu effect teruk kat aku

no hard feelin okeh
aku happy kalo ade org sggup share2 ngan aku, aku pun baru belajar

N.HIDAYAT said...

Berkaitan soal perpaduan di kalangan umat islam yang jelas rapuh dan tidak bersatu. Ini kita perlu bertanya kenapa ia berlaku? Umum kita sudah ketahui bahwa umat islam pada akhir zaman akan berpecah, di mana sabda Nabi S.A.W sendiri yang mengakui bahawa pada akhir zaman umat Islam umpama buih di lautan, iaitu bnyk tetapi lemah . Itu lah ramalan nabi , dan ia benar berlaku zaman sekarang. Bukan setakat sunnah dan syiah tetapi dalam politik sesama islam kita juga dilihat tidak bersatu.

Maka dalam persoalan ini, apa yang perlu kita ingat bahawa sebagai umat islam, sebagai manusia kita memang terdedah kepada pelbagai ujian dari Allah. Dalam soal ini juga kita telah diuji oleh Allah. Dimana Allah menguji sejauh mana kita akan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Maka disitu akan terhasil kelompok2 yang kelihatan berpegang kepada jalan Allah, dan satu kelompok yanh tidak berpegang akan suruhan Allah dengan sepenuhnya. Maka secara fakta dan praktikal dalam hal ini kita melihat dalam konteks sunnah dan syiah . Dimana kita sebagai Umat Nabi Muhamad adalh mengikut ajaran Golongan sunnah, Namun telah timbul satu golongan yang cuba menyimpang dari ajaran islam yang dibawa nabi, iaitu syiah (sunni).
___________________________________
Secara ringkas golongan syiah (sunni) adalah sekelompok golongan yang mengatakan Saidina Ali adalh yg sepatutnya menjadi nabi, bukkannya nabi Muhamad. Mereka adalah golongan yang memandang para shabat nabi dan dari segi amalan ibadah dan akidah mereka adalah juga tersasar dari yang dibawa oleh nabi. Itu secara ringkas (anda perlu meneliti lagi berkenaan golongan ini). Maka dalam konteks ini , jelaslah mereka telah tewas dengan ujian Allah untuk berpegang teguh kepada Ajaran yang sebenarnya.
__________________________________

N.HIDAYAT said...

Terjemahan surah yang dipetik diatas adalah dari surah Al Hujuraat,ayat 19

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
___________________________________

1)Setuju dengan pendapat bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan.

2)Setuju dengan pendapat bahawa bukan ajaran Islam itu yang salah.


Mengulas kenyataan yang mana dengan berdasarkan ayat 13, surah Al –Hujuraat; kesimpulan : “hadis yang dipegang antara Sunnah dan Syiah pun dah tak sama, apa yang berpadunya”

__________________________________
Soalannya di sini, apakah kita benar2 jelas tentang ayat 13 itu? Ayat itu secara umumnya adalah ditujukan kepada semua umat manusia, tidak kira islam atau tidak. Ini kerana bahasa yang digunakan adalah “Wahai umat manusia”. Ia adalah umum. Ia tidak merujuk kepada orang islam atau lebih khusus kepada golongan mukmin.. seterusnya ayat ini menyatakan bahawa Allah menjadikan Hambanya dari pelbagai puak, iaitu banyak bangsa..Contohnya hari ini ada Bangsa cina,India, Melayu dan lain2. Itu contoh paling mudah di Malaysia.Dan Allah menyatakan bahawa tujuan diajadikan pelbagai puak ini adalah untuk kita kenal mengenali satu sama lain. Lalu Allah menyatakan lagi bahawa di dalam dunia ini yang membezakan antara kita sesama manusia di sisi Allah adalah takwa kita kepada Allah, iaitu sama ada kita menurut segala perintahnya dan meninggalkan apa yang dilarang. Maka di sisi Allah tiada beza antara miskin, kaya, tua ,muda atau berjawatana atau tidak, tetapai beza kita di sisi Allah adalah iman dan takwa kita kepada Allah.

Selesai bab tafsiran ayat itu. Tak faham kenapa dikaitkan soal perpaduan antara sesama islam dengan bersandarkan ayat ini. Kurang tepat dengan isu yang hendak dibawa, iaitu perbezaan anatara syiah dan sunnah.,
__________________________________

Pergi kepada persoalan syiah (sunni) dan sunnah..persoalan ini tidak boleh dibincang dengan sebegitu mudah dengan berbekalkan hanya sedikit dalil dan tanpa perbincangan yang mendalam.Kita perlu tahu apa itu golongan sunnah, apa itu syiah, dan kenapa syiah ini timbul, dan kenapa wujud perbezaan antara syiah dan sunnah.

Ianya tidak boleh didebatkan secara mudah tanpa ada asas2 ilmu dan pengetahuan sejarah tentang golongan ini. Sebab perbincangan ini melibatkan soal Aqidah dan perbahasan hebat di antara para Ulama sehingga sekarang. Eloklah mencari orang2 yang arif untuk mengetahui akan perbezaan 2 golongan ini. Tidak tepat jika hanya rujukan dibuat melalui sumber2 di internet yang jelas diragui sumbernya dan penuh dengan dakyah pihak2 tertentu.
__________________________________

N.HIDAYAT said...

Kesimpulan itulah fitrah alam ini. Bukan dengan hanya mengucap kalimah syahdah akan terus terselamat dari segala cubaan dari Allah. Allah akan sentiasa menguji, dengan pelbagai cubaan dan ujian dari pelbagai sudut, termasuk akidah. Maka bila timbul pelbagai golongan dalam islam itu sendiri, ia tidaklah pelik, sbb itulah fitrah akibat bagaimana kita menuruti perintah Allah. Ada yang terselamat dan ada yang tergelincir..Itulah juga sbbnya ada syurga dan neraka.. Ada pembalasan di akhirat atas segala amalan. Dalam soal perbincangan berkaitan Islam jangan semudah itu melontarkan pandangan tanpa kita mengetahui islam itu secara menyeluruh. Ia perlulah dikaji dari asas2 yang penting, lebih2 lagi dalam soal yang melibatkan akidah seperti isu sunnah dan syiah (sunni). Ramai yang tergelincir dan salah faham dalam menyelusuri isi ini.

N.HIDAYAT said...

Semoga kita sama2 dipelihara oleh Allah dari segala kesesatan dalam mencari kebenaran. Ini kerana kadangkala kesesatan itu tetap juga muncul dalam jalan kita mencari kebenaran..Syaitan akan cuba untuk merosakkkan anak adam itu dengan pelbagai cara.Sehinggakan kalau kita beribadah dengan terlampau banyak dan timbul riak di hati kita dengan mengatakan aku lebih hebat ibadahnya dari orang lain, nescayalah ibadah kita ditolak oleh Allah, dan termasuklah kita di dalam orang2 yang rugi. Itulah di antara contoh bagaimana Syaitan menyesatkan kita di dalam kita ghairah mencari keredaan Allah. Semoga kita terus dilindungi dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah. Dalam mengenal Allah dan segala yang diperintahkannya, ia bukanlah boleh dilihat atas dasar logik akal semata-mata, tetapi dengan rasa takwa dan tawaduk atas segala perintahnya.

N.HIDAYAT said...

berkaitan hadith, ianya tidak sewajarnya ko kate nak guna sebagai catatan sejarah,,peranan hadith itu sendiri adalah menghuraikan kandungan Al-Quran... bukannya melengkapkan..Al-Quran dah mntap..dah cukup..tapi huraiannya diterangkan dalam hadith (selalunya dirungkaikan Nabi Muhammad SAW) persoalan aku.. kalo menolak hadith, -dari mana tahu cara bersolat? dalam Al-Quran hanya terangkan perlu solat..cukup x mcm tuh? xkan? mcm tuh juga soal lain2.. mcm merokok, homosexual, lelaki pakai perak, dadah,...perkara2 baru2 yg x disebut dlm Al-Quran..bagaimana nak tahu hukumnya?

Anonymous said...

Betul tu bro., benda2 macam ni berkaitan dengan aqidah is not something yg kita boleh persoalkan without strong foundation & knowledge. One false step, boleh menyebabkan kita gugur syahadah (murtad). Oleh itu, belajarlah, carilah ilmu. And of course bukan belajar membuta-tuli je. Find VARIOUS reliable sources, kaji dari mana sources tu datang. Refer to orang2 yg berilmu.

“Barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu.”

Alright bro.? No offence, okay...Sekadar berkongsi...

asyraf hensem said...

padu cha padu tuh!
tp ar cha..wa ada slalu gak dengar

xkan sesat umatku selagi berpegang
dengan Al-quran dan Sunah!

tiba2 je leh berubah..luh jadi rakan mesjid ker skang cha? alhamdulillah cha.

sama2 kita masuk kejalan yg lurus dan benar cha..sebelum ni kita jalan highway cha..speeding je manjang..letih gak

macha..tp wa tabik sama lu! blog lu banyak follower

to all jangan emo2 cam nik aziz..kita mesti bersatu!

-shak- said...

pasal ayat al-quran itu, aku nak tunjukkan yang islam memang menganjurkan perpaduan. itu kira penguat kepada ayat pertama aku.

itu pendahuluannya. memang disebut wahai manusia tetapi itu adalah ayat al-quran, yang diturunkan allah melalui nabi untuk umatnya, iaitu kita.

bagaimana kita hendak bersatu dan berkenal-kenal dengan bangsa lain(yang bukan islam kerana sesama islam aku rasa kita tak banyak beza walau bangsa berlainan) jika sesama kita yang islam sendiri pun tidak bersatu.


pasal sunnah dan syiah.
kenapa aku bangkitkan benda ini? sebabnya syiah juga membawa nama islam. syiah ini macam kau kata tewas dengan ujian allah. tapi akhir2 ini kita lihat banyak pemimpin yang bermazhab syiah yang mendapat perhatian media dalam penentangan mereka terhadap kuasa barat. ambil contoh ahmadinejad dan iran. ahmadinejad seorang syiah dan iran mazhab rasminya syiah. semua orang akui ahmadinejad dan iran adalah islam. secara ringkasnya, umat islam sekarang ini dibela oleh mereka yang terserong akidahnya.

macam mana syiah dan sunnah boleh terjadi tak penting. benda dah lepas. yang penting sekarang, kita nak bersatu. dibawah payung islam. sekarang kat iraq syiah dan sunnah tak habis-habis berperang lagi. ya aku tahu memang ada yang akan kata itu semua didalangi amerika. tapi kalau tiada lagi syiah dan sunnah, apa lagi yang hendak digaduhkan?

nabi muhammad dahulu, dia ajar kita islam sahaja, tak disebut pun sunnah dan syiah.


halangan paling besar yang aku nampak dalam menyatukan syiah dan sunnah adalah hadis yang dipegang mereka. sunnah akan kata hadis syiah tak betul, syiah akan kata hadis sunnah tak betul.

jadi macam mana?
ambil yang dua-dua kata betul lah.
al-quran.

sebab itu bila aku kata hendak menrunkan taraf hadis dalam pegangan umat islam, korang kena nampak the bigger picture here.

bukan sebab tak suka hadis semata-mata.


pasal contoh hadis sebagai catatan sejarah, kan aku tulis tu antara kegunaannya. kira ada lagi kegunaan lain.

pasal homoseksual, mustahil nabi tak tahukisahkau nabi lut.

pasal arak, dalam al quran ada menyatakan larangan mengerjakan sembahyang dalam keadaan mabuk. (an-nisa:43)

ok, mungkin disebabkan pengetahuan umat islam yang sangat sangat sangat terbatas, kita terpaksa berpandukan hadis untuk membuat hukum.

macam komen aku kat atas, aku atktolak hadis 100%. yang penting, al-quran tetap no.1.

kalau setakat hadis yang memenangkan puak-puak tertentu, kita tolak jauh-jauh lah.

dan juga untuk hadith yang bertentangan dengan al quran.

-shak- said...

to Anon.

no offense taken.

bagi aku ini salah satu cara untuk mencari ilmu.

aku bagi pandangan, korang counter balik.

dari situ kita boleh berkongsi ilmu, pendapat dan idea.

yang mana salah, ambil pengajaran.
yang mana betul, amal.

dan ya, sebelum aku cakap apa-apa, memang aku ada cari sumber tertentu. aku bandingkan.

dan aku keliru dengan satu hadith yang berbunyi, (maaf dalam bahasa inggeris) "Everything with which a man plays is unlawful except his shooting with arrows, and his training his horse, and his sporting with his wife; and verily these are of the truths."

adakah Islam menghalang umatnya bersukan?

dan hadith ini "Jundub reported that the Messenger of God said, `Whoever interprets the Quran using his own intellect, even if the interpretation is correct, he is committing a grievous sin."

macam mana hendak memahami al-quran jika tidak boleh mengkajinya?

mungkin tujuan asalnya agar umat islam yang tak cukup ilmu tidak salah faham, tetapi kalau Majlis Agama/Mufti/ulama tafsir, adakah dikira berdosa?

-shak- said...

to macha antera!

tu ah cha asyik speeding satu lapan atas highway pakai RX8 memang penat.

sekali sekala nak jugak pakai KE70 pak bilal!

gua tak join rakan masjid gua join rakan rempit!

nak buat macam mana cha, orang agama banyak sibuk pasal akhirat.
siapa nak jaga umat islam punya dunia?

gelapcerah said...

hadis x pernah silap
quran x silap

cara faham hadis dan quran tu silap

macam pisau, boleh buat potong sayur.. tapi boleh gak wat bunuh orang

dari segi penjagaan nya... mmg sistem Islam amat teliti.. org tu mesti percayai (tsiqoh), hatta minum berdiri pun dah kira x tsiqoh..lagi la kalo kencing berdiri

dan kalo hadis mutawatir mmg x boleh tolak.. mutawatir ni bukan sorang yang cakap tapi beratus-ratus org

3 je...
taksub, emosi, nafsu


yang ni yg buat kucar-lanar





lagi satu.. rasulallah larang tulis hadis masa fasa mekah... lepas fasa mekah(iaitu madinah)... hadis mula di rekodkan

asyraf hensem said...

cha..bab agama ni mmg susah masing2 ader hujah aku malas nak kuar hujah2 nie

tp senang ckp

mmg kene bersatu..

macam dlam nie

bersatu kita bersatu
dnegan setia berganding bahu
jiwa teguh berpadu
kita rumpun melayu

bersama kita besama
mendukung hasrat semua
berjasa pada bangsa
agama dan negara

lambang kita yang gagah
di pandang mulia dan indah
bersatu bersedia berkhidmat cogan katanya

****(sbb tertentu) terus mara
untuk rakyat malaysia!

susah sangat nak suruh orang islam nie bersatu
itu lah ini lah..fahaman sana sini..
rilek sudeh lah

wa sangat setuju sama lu..puak2 satu ni duk kejar dunia
ade satu puak lg knonnya nak menlaksaanakan islam sebenar
tp dlam kumpulan pun kecut je nak bersuara ape citer beb

bkn nabi ade ckp ker

carik dunia macam luh x nak 1000thn lg
tp beribadat macam esok nak k.o dah

arghh malas tulis..citer senang

-shak- said...

bai!
apa cita lu punya koneksion dekat kelab ****(sbb tertentu) luar negara?

Scorpion bai, Scorpion!

asyraf hensem said...

sikit2 wa masuk.. xleh sailang koyak..kang kene macam brada black scorpio

haha..long live for me!
cheer and meer for all my friends!
lepas kita kaya

kita senyap..makan apa yang ada..
per setan dengan mereka semua!
hahah!

yazid dgr cerita nk bgiat crgas dlm p**

-shak- said...

p** apa benda bai.

arituh baru angkat kasut resing cap Puma. siap ada cop Prancing Horse lagi.

dengar cita dah kena speedtrap kat Jln sulta Abdullah.

satu enam.

Faive said...

owh2..,

gagak di rimba melaporkan kpd kumbang khayal..

suasana tegang di sini..
suasana tegang di sini..~

Jadi beta ingin menyanyi sket boleh?

Dia umpama merak kayangan,
Rupanya chantek warna kilauan,
Sehelai bulu laksana berlian,
Segak dan gayanya membikin,
Hati tertawan...~

Beta ingin komen juga,
tapi terlalu panjang,

Jadi,
Boleh beta komen
di sini?<---- sila klik