Tuesday, October 4, 2011

Work Hard Play Harder

a1
Toul Sleng Genocide Prison, Phnom Penh July 2011


Satu benda yang gua tak faham adalah obses manusia untuk mengejar kesempurnaan.

Straight A.
CGPA 4.00.
30 minit seterika baju supaya kemas dengan line yang sharp.


Perfection is way overrated.


Kesempurnaan itu zat yang hanya ada pada Tuhan. Manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan adalah tidak sempurna.
Ketidaksempurnaan itu adalah trait manusia. Itu yang membuatkan kita menarik.


Dalam kes gua sbagai seorang siswa, kesempurnaan itu adalah 4 flat. Dan untuk mencapai kesempurnaan ini, bermacam-macam pengorbanan perlu dilakukan. Susah sial nak dapat sempurna dalam jurusan kejuruteraan ini.

Melainkan seseorang itu genius macam gampang, perjalanan menuju kesempurnaan ini memang penuh ranjau dan liku. Dan berapa banyak little things yang membuatkan hidup ini indah yang seseorang akan miss jika mereka terlalu bertungkus lumus mengejar kesempurnaan.


Dapat 3.00 tak perfect, but not too bad either, kan?


Mungkin ada yang mengatakan gua ini lekeh, Melayu tipikal yang merayakan mediocrity. Asalkan cukup makan sahaja. Gua tak tahu la pasa korang, tapi kalau gua dapat 4.00 gua rasa tiadalah seronok mana.

Baik gua guna masa mentelaah tu untuk melakukan aktivit yang tak berfaedah yang buat gua bahagia.


"Time you enjoy wasting, is not wasted", bak kata John Lennon.


Biarkan mediocre, asalkan bahagia.


Teori dia senang saja.


Kau banyak main dari kerja, kau manusia bahagia.
Kau banyak kerja dari main, kau hamba.






No comments: