Thursday, January 27, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta




Sarikata Bahasa Malaysia:

Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi

Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi

Celaka kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi


Betullah kata pepatah Melayu. Tak kenal maka tak cinta.


Mana boleh kalau gua balik semenanjung kalau tak bawa bekal sikit. Nanti kalau hati terkenang kat Sabah, siapa nak tanggung?

Nasib baik ada si Jambatan Tamparuli ini. Boleh juga gua buat nyanyi-nyanyi sikit.


Gua suka Jambatan Tamparuli. Nanat, gadis Sino-Kadazan berasal dari Kota Belud pula suka Anak Tupai.

Kita kan 1Malaysia, bah.


Terima kasih kepada Mache, Akram, Simen, Pali dan rakan-rakan Kelantan gua yang lain. Tanpa tunjuk ajar anda semua, memang tak dapat gua nak translate-kan lagu Anak Tupai tu kepada Nanat.

Kalau gua tak dapat translate, macam mana pula gua nak menari Sumazau dengan Nanat nanti?

"Ayak nyok", sebut Nanat bila dia tanya macam mana orang utara sebut air kelapa.

Dari utara, hingga ke Nogori, dari Kelate hingga Ganu, sampailah hingga ke Razz-Ma-Tazz untuk pekena bukan ayak nyok, tetapi Chivas.

Katanya kalau tak sembang lagi, mana nak kenal. Kalau tak kenal, mana nak cinta.

Lain kali sajalah.


Damn. Gua dah melalut. Gua patutnya cerita pasal Borneo, bukan sumandak-sumandaknya.


Berbalik dengan Borneo.
Ramai yang pernah dengar pasal Sape dalam buku teks Sejarah tetapi berapa ramai yang pernah dengar bunyinya?

Gua baru kena itu hari.
Terus tangkap layan bah.







Macam mana gua tak pernah tahu ada muzik yang sedemikian rupa di Malaysia nih?

Gua nak salahkan RTM.


Cukup-cukuplah dengan rancangan realiti TV nak cari penyanyi.
Apa kata buat rancangan realiti mencari pemain muzik tradisi pula.


Oh ya.
Satu lagi benda.

Nampak Ray Ban bingkai emas klasik dalam Jambatan Tamparuli tu?
Siapa boleh bagi tahu model apa dan mana nak cari memang gua belanja air kelapa.










Saturday, January 22, 2011

Apa Cerita?



Khas untuk malam minggu hedonisme di KK.



Macam mana permulaan 2011 anda semua?

Gua punya macam tahi.


Ah malas nak peduli.


Apa perlu kalut.


Hero memang macam itu. Kena kitai dulu.


Tak percaya pergi tanya Sivaji. Macam mana dia boleh maintain dengan Tamilselvi.






Thursday, January 13, 2011

Left My Suicide Note on the Door.

DSC08054



Trouble follows me to my doorsteps I don’t want to know
Blood from Heaven and things from Hell they’re forcing me to go
So when you start to realize that I get no more sleep




Suicide Note daripada Disagree.

Lagu sebelum zaman skinny hijau-oren-merah menjadi norma kehidupan masyarakat remaja masakini.

Celaka betul la.
Aku tak tahu bila kali terakhir aku betul-betul menarik nafas lega sambil merasa semua masalah sudah selesai, tenang tiada apa hendak difikirkan lagi.

Serius.
Aku dan masalah macam Sid dan Nancy. Susah, mungkin sampai ke tahap hampir mustahil, untuk dipisahkan.


Orang selalu kata hidup tanpa masalah ini tak seronok. Tiada warna warni kehidupan.
Dan Tuhan takkan uji kita sampai ke tahap yang kita tak mampu.


Bullshit.


Kalau kau nak sangat masalah, nah ambil semua masalah aku, Aku taknak pun.
Hidup tanpa masalah membosankan? I don't give a flying fuck.

Ya memang Tuhan takkan uji sampai tahap yang aku tak mampu. Tapi dia uji memang betul-betul dah sampai limit aku. Sikit lagi memang tumpah.

Selalu gua tulis main-main dalam blog ini. Tapi kali ini betul-betul gua serius.
Sekarang 12.30 pagi. Boleh kata lebih kurang 1.30 pagi semenanjung la. Gua letih ini hari. Pekerja yang biasa kerja berat hari-hari pun dia kata ini hari dia letih. Esok ada kerja lagi.

Jadi memang kepala lancau la kalau kata gua tak serius lagi.


Serius cakap aku memang dah hampir-hampir sampai limit. Limit aku untuk terus berharap dengan Tuhan. Gua mengaku gua bukan manusia paling warak dalam dunia ini tapi at least sekarang gua tak buat benda-benda yang langsung tak berciri seorang Muslim.


Tapi kalau uji gua sampai gua tumpah, serius gua boleh putus harapan dengan Tuhan.


Sekarang gua ada di Kota Kinabalu. Betul-betul tempat yang sangat sesuai untuk putus harapan dengan Tuhan.
KK jangan dicuba-cuba.

Baru tadi gua sembang-sembang dengan Angie, sumandak dari Tamparuli. Gadis genit ini berdarah campuran Cina dan Dusun, atau lebih dikenali sebagai Sino-Dusun. Memang comel. Rating sepatutnya 6.5/10, tapi hidungnya yang bertindik membuatkan gua up kan jadi 7/10. Baru kali pertama jumpa sudah mengajak gua minum. Kalau setakat minum Kopi Janda gua tak kisah ini diajaknya pekena beer.

Gua saja pancing kata gua nak try tapai. Dia kata tiada masalah.

Gadis cantik ajak minum, orang bodoh saja yang tolak.

Dan gua memang orang bodoh.
Pasal gua masih ada harapan dengan Tuhan.


Gua memang marah. Tapi gua tak tahu gua marah dengan apa, dengan siapa.
Yang pasti gua tak marah dengan Tuhan, atau mungkin gua cuba sedaya upaya untuk tidak marah dengan Tuhan.


Orang kata semua benda yang terjadi ada hikmah.

Hikmah ke, Hidayah ke, Angie ke, Lisa Surihani ke, gua tak mahu.

Yang gua mahu untuk hidup tenang.
Kalau nak uji pun, jangan la berderet. Bagi gua can nak bernafas sikit.



Dan gua tak bercakap pasal result gua, pasal result UTP baru keluar semalam.

Result gua taklah membanggakan sangat, tapi kali ini memang paling tinggi yang pernah gua dapat sepanjang gua kat UTP.
Sepatutnya sekarang gua bernafas lega sikit, meraikan kehidupan gua, minum-minum(Kopi Janda, bukan beer) dengan Angie ke apa tapi tak.
Gua kat sini, venting my anger out.

At 1 o' clock in the morning.



Masih tak dapat tidur.

Babi.