Wednesday, June 23, 2010

Gua Adalah Dewa Kayangan Yang Baru Pulang Dari Berenang-Renang di Garden of Eden




Orait.

Ready untuk sesi pembakaran edisi kedua.




Tangan gua, sekeping roti dan ikan belang-belang yang friendly. Pantang nampak roti habis gua kena kerumun. Nasib baik tiada yang cuba mengambil kesempatan ke atas gua dalam dalm keadaan yang kelam kabut itu.



Pali dan ikan belang-belang yang friendly. Ikan belang-belang yang friendly ini saja yang layan kalau kita hulur roti. Ikan-ikan lain yang kat bawah itu semua buat sombong.


Nak tangkap gambar dalam air bukan main payah. Gua nak snap tunjuk satu geng ikan yang beratus-ratus ekor duduk melepak bawah jeti. Alih-alih nampak sekerat saja.



Penyu! Gambar kurang clear pasal penyu ini tengah sibuk makan tengah hari di dasar. Gua duduk di permukaan. Visibility air dekat Turtle Point pun kurang memuaskan untuk gua snap gambar. Tapi atleast ada la juga gambar penyu. Amacam? Rare tak?



Ini gua tak tahu menatang apa.



Pali dan gua.





Amacam bai?
Terbakar lagi ke?

Gua dah berenang-renang sama penyu dan shark. Lu bila lagi?



Monday, June 21, 2010

Gua Adalah Dewa Yang Baru Balik Dari Kayangan













Muka merah-merah kulit pedih terbakar.
Tapi ironinya gua baru balik dari syurga, bukan neraka.


Cakap banyak tak guna, layan dulu gambar gua kasi.
Dari sini gua dapat bau hangit lu punya hati terbakar.

keh keh keh



p/s : itu biru air laut punya warna, sumpah gua langsung tak edit. Memang segar dari kamera.
Betul-betul au naturel.



Saturday, June 12, 2010

Jubah, Serban dan Muzik




Gua tertipu pada malam Kick Off Celebration tempoh hari.

Mati-mati gua ingat opening game malam itu juga. Pukul 1.45 lagi gua dah melangut depan tv.
Gua tunggu punya tunggu bila la game nak start. Hati gua jadi makin panas bila seorang turun pentas, seorang lagi naik pentas. Bilanya nak habis entah.

"Ini World Cup ke World Music Festival?", getus amarah hati gua.

Gua ada juga syak sesuatu tak kena bila gua tengok segala bagai pentas lengkap atas padang dalam stadium. Tapi adik gua kata memang opening game malam itu.

Silap gua juga pergi percaya adik gua, tak pergi tanya Google. Kalau tidak pasti semua ini tidak berlaku. All hail Google!


Tapi bak kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Macam lepas ini gua kena paksa sama mak gua pergi kenduri. Mungkin gua akan bertemu gadis-gadis cantik yang melaram sepenuh hati.

Hikmah bagi malam itu, gua tertengok persembahan di atas.

Gua rasa mamat-mamat di USA mesti dah cuak bila tengok geng-geng ini atas pentas malam itu. Pasti mereka ingat terroris telah hijack malam opening World Cup.


Bila geng-geng terroris ini mula bermain, hati panas gua terus jadi sejuk. Gila layan bunyi-bunyian dia. Ditambah dengan jubah-jubah dan serban mereka, memang persembahan kegemaran gua untuk malam itu. Tambah-tambah lagu kedua mereka. Gua paling respek sama mamat yang balut habis muka dengan serban. Tinggal nampak muak sahaja. Yang baju kuning, serban gelap, main gitar. Sama juga dengan bassist-nya. Gila cool. Frontman-nya juga boleh tahan. Menanyi selamba dengan muka yang stoic. Bila gua tengok mamat jubah putih yang menari-nari atas pentas itu, terus gua teringat sama Bez daripada band Happy Mondays.

Habis persembahan, hati gua panas semula. Sampai Alicia Keys, gua putus asa. Gua tutup tv terus tidur.

Esoknya, gua buka Youtube, terus gua cari. Memang merepek. Yang ada BEP, Shakira, Alicia Keys. Memang golongan hedonis betul.

Hari ini baru gua jumpa, terima kasih kepada Harian Metro.


Mari kita layan sambil goyangkan badan dan kepala sambil tepuk tangan.
Serban dan jubah jangan lupa.



p/s : gua panas hati betul dengan commentator dalam video. lagu dah start seminit lebih sibuk duk bercakap lagi. macam setan.



Sunday, June 6, 2010

Tipsy Tips

Sekarang ini sudah musim hujan di utara tanah air. Sejak gua sampai rumah sampailah gua menaip ini, hujan saja memanjang.

Pagi tadi sebelum bapa gua pergi kerja, sempat pula dia bagi satu tips untuk mengagak berapa lama proses hujan akan berlangsung.
Ini puinya ilmu dari bomoh hujan mana dia belajar aku pun tak tahu.

Anda semua kena ingat yang tips ini hanya untuk mengagak berapa lama hujan akan turun, bukan hujan turun atau tidak. Kalau nak tahu hujan turun atau tidak, itu kena tengok ramalan cuaca.

Ok.
Tips dia ini macam.


Kalau hujan turun, dan lu boleh nampak burung duduk melepak sahaja, itu tandanya hujan turun memang lama.

Kalau hujan turun, dan lu nampak ayam keluar mencari makan, itu tandanya hujan akan turun sepanjang hari.


Apa-apa pun, kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Wallahualam. Wabillah hi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.





Pesanan ini dibawa khas oleh Imam Muda Fauzan Pauzi.

Tuesday, June 1, 2010

Same Old Same Old




Semalam hujan lebat kaw-kaw punya. Dah la masa itu gua tengah sibuk tunggang langgang dengan Structural Analysis. Betul-betul mencabar azam gua. Gua tengok katil gua secara tiba-tiba bersarungkan cadar sutera emas dan bertilamkan tilam empuk dengan teknologi tulang belakang terkini yang disyorkan oleh pakar ortopedik terkemuka dan Ziana Zain.

Sekarang ini sentimen anti-Israel memang tengah membuak. Gua syak Yajid Jakpo memang tak tidur lena malam sekarang ini. Nak jalan mana-mana pun cuak-cuak saja. Takut terbongkar identiti memang mampus kena pijak ramai-ramai.


Bila dah jadi isu macam ini, gua saspek skrip lama akan berputar kembali. Bersepah-sepah la manusia nak buat tunjuk perasaan. Kelab Kedai Kopi dan Dam Aji Kampung Pisang pun taknak ketinggalan. Ramailah pula yang berkempen boikot sana boikot sini.

Gua bagi satu bulan habis lama pun. Lepas itu bersepah balik rakyat Malaysia di kedai-kedai barangan yang diboikot tadi. Orang Malaysia ini memang semangat menentangnya kurang sikit. Hangat-hangat tahi ayam. Semangat Jebat entah hilang ke mana. Yang tinggal semangat Tuah. Tunduk, akur dan patuh.


Tak setel pun isu ini kalau kita asyik buat pakai skrip lama. Jadi, kalau tak setel, why bother?

Orang bodoh saja buat benda sama berulang-ulang kali walaupun dia tahu benda itu takkan berjaya.