"Imagine there's no countries. It isn't hard to do. Nothing to kill or die for. And no religion too."
- John Lennon
Bila akan sampai satu masa, manusia memandang sebagai seorang manusia?
Bukan pada warna kulit, kewarganegaraan atau agamanya.
Penting sangat ke semua itu?
Kenapa kita mahu dipandang mulia dengan warna kulit atau agama kita?
Bagi kau agama kau, bagi aku agama aku. Tak perlu nak sibuk-sibuk dan tak perlu nak kacau-kacau.
Semua orang menghormati semua orang.
Dan jangan lupa, manusia sebahagian daripada alam, jadi manusia juga harus menghormati alam.
Tiada gunanya jika dipandang tinggi pun kerana, kau manusia, aku pun manusia. Bila kita mati, kita sama-sama reput juga. Bau busuk sama juga.
Kita sama-sama manusia, jadi, apa mahu kalut?
ps : siapa kata golongan hedonis sampah masyarakat? siapa kata muzik barat melalaikan? asal betul alirannya, mesej yang disampaikan lagi bermakna daripada nasyid-nasyid leleh yang tak habis-habis gatal nak kahwin.
Aku mula guna basikal yang betul-betul punya basikal(maksudnya 2 roda) masa darjah satu.
Bila habis PLKN, aku terus ambil lesen. Bila dapat L, terus zaman kegemilangan basikal aku berakhir.
Basikal memang nostalgik bagi aku. Banyak kenangan.
Semua kawan tak keruan aku ada kisah dengan basikal.
Ap, dengan harimau belang dia. Patut ah sekarang sibuk sangat dengan 3 Harimau dia. Kamil, pemusnah basikal terulung. Dan basikal yang dimusnahkannya semua bukan basikal dia. Basikal orang lain. Syamim, siapa boleh lupa kisah ditabrak kereta mengundur depan Bike Centre dengan tayar masih bergulung di kepala. Zarith, fuhh yang ini legend. Last aku dengar sekarang dia ranking 13 BMX Flatlander Malaysia. Anak murid Lan Ipoh ini. Dia punya frame basikal saja dah lebih elaun sebulan Petronas bagi aku. Yazid, dengan BMX Champion just-for-show-not-for-go dia. Aku? Macam biasa la. Paling hensem dan paling macho.
Masa zaman kayuhan, celah bedah Teluk Intan mana yang kami tak sampai lagi.
Pasir Bedamar? Check! Batu 6? Check! Speedy? Check! The Store? Check! Siang Hoong? Check! Selabak? Check! Makam Tok Janggut?(aku tak tahu ini Tok Janggut Pahang ke Tok Janggut lain) Check!
Sikit lagi nak sampai Hutan Melintang.
Dalam 7 orang ini, tinggal Zarith saja yang masih ride. Yang lain semua lebur. Basikal masing-masing semua dah jadi macam setan. Ap punya harimau belang langsung tinggal belang saja. Aku punya 10 tahun zaman kegemilangan pun berakhir bila dah ada AL Capone.
Fast-forward 3 tahun.
Petang semalam aku ride balik pusing UTP sama kawan. Rasa ketagih la pulak. Rasa macam nak beli balik satu basikal buat main kat UTP.
Sekarang aku dalam dilema. Tak tahu nak pilih yang mana satu.
Jangan salah faham.
Bukan kena pilih antara Liyana Jasmay atau Lisa Surihani. Bukan kena pilih antara Audrey Tatou atau Melanie Laurent. Bukan kena pilih antara Evo X atau Impreza Hatchback.
Aku kena pilih, antara study weekend ini pasal ada 3 test next week, atau, memperkasakan lirik-lirik Buzzcocks sempena persembahan pakcik-pakcik tua ini 2 minggu lagi.
Aku nak tengok Joy Division, memang dah tak boleh dah. Ian Curtis dah mampus.
Aku nak tengok Sex Pistols, memang kerajaan takkan bagi permit kot.
Aku nak tengok The Clash, Joe Strummer pula mati awal sangat.
Aku nak tengok The Beatles, lagi merepek.
Jadi, sekarang, impian aku dah dekat sangat dalam genggaman ni, bolehlah kau orang semua bersedekah amal jariah. Buatkan satu tabung sumbangan untuk aku.
Terutamanya Krebat dan Kretong. Sebagai penyokong Man Utd, kau orang kena support aku supaya aku pula dapat support fellow Manchester lads ini.
Tapi aku tak tahu lah Buzzcocks ini Man Utd ke Man City.
Aku terpandang kotak seterika di bilik kawan aku, terus aku teringat penyalahgunaan seterika yang berleluasa ketika di Jenan dulu.
Masa itu, mana ada duit nak beli pembakar roti. Tapi perut teringin juga nak makan roti bakar. Dasar nafsu kerbau. Ambil seterika, pusing kasi paling panas, lepas itu tenyeh atas roti. Memang terbukti sedap.
Tapi itu teknik senang. Langsung tidak memerlukan ketelitian mengawal haba dan daya tekanan.
Untuk resipi kedua, hanya yang pakar boleh buat.
Ini teknik untuk buat kraker berperisa coklat.
Ambil paket kecil instant mix Milo, seafdalnya yang ada cap 'Fuze', mampat kasi elok-elok lepas itu baringkan atas meja seterika/lantai/apa-apa permukaan rata. Setting suhu secukup rasa. Tenyeh peket pun sesedap hati.
Jangan silap setting atau tenyeh nanti buruk padahnya. Bungkusan paket yang diperbuat daripada plastik mudah cair dan melekat pada permukaan seterika jika tersilap teknik. Akibatnya, seterika sudah tidak dapat untuk digunakan sebagai tujuan asal seterika dicipta.
Anda harus cepat cari daun pisang sebelum rakan-rakan anda menggunakan kulit muka anda sebagai alat untuk ditenyeh agar kesan lekitan plastik itu tanggal.
Itu semua cerita lama. Zaman segalanya minimal untuk survival.
Bukan macam sekarang. Milo pun aku dah jarang bancuh sendiri. Hari-hari teguk Kampai.
One pill makes you larger And one pill makes you small And the ones that mother gives you Don't do anything at all Go ask Alice When she's ten feet tall
And if you go chasing rabbits And you know you're going to fall Tell 'em a hookah smoking caterpillar Has given you the call Call Alice When she was just small
When men on the chessboard Get up and tell you where to go And you've just had some kind of mushroom And your mind is moving slow Go ask Alice I think she'll know
When logic and proportion Have fallen sloppy dead And the White Knight is talking backwards And the Red Queen's "off with her head!" Remember what the dormouse said; "Keep YOUR HEAD _______________ Keep your head"
The definitive song of the 60's. Drugs and military.
Damn I wish I lived on the 60's.
The peak of rock n roll, cool fashions and scooters.
The time where femininity still doesn't crept into a man's life. Instead, the female at that time resembles masculinity.
Melepak-lepak di internet, dan aku nampak beribu-ribu manusia bodoh
Manusia yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk stand out daripada orang lain, tapi jadi macam apa yang Avril pernah nyanyi dulu, "You try to be cool but you look like a fool to me."
Kenapa manusia perlu lakukan sesuatu yang kita sendiri boleh nampak dengan jelas, bukan dirinya, semata-mata untuk mendapat approval orang lain.
Kenapa perlu mengikut orang, kenapa tidak hanya jadi diri sendiri, walaupun tidak istimewa. Tidak special. Sekurang-kurangnya tidaklah artificial.
To tell you the truth, you are NOT special. Or atleast you are not THAT special. And that means everybody
We are the middle children of history. No purpose or place. We have no Great War, No Great Depression. Our great war is spiritual war. Our great depression is our lives. We've all been raised on television to believe that one day we'd be millionaires and movie gods and rockstars. But we wont.
Tyler Durden, yo!
Bagi aku, orang yang cool orang yang fuck-kan semua benda sekelilingnya. Langsung tidak ambil peduli apa yang jadi di sekitarnya. Popular culture? What a joke. Dan popular culture itupun sudah contradict dalam terms-nya. Macam mana sesuatu yang popular itu boleh menjadi culture?
Dapat result taik? Fuck you! Exam susah gila babi. Dapat result best? Fuck you! Nasib je tu.
Dan kita selalu dengar orang selalu berkata, "Boleh ke buat macam itu? Apa orang lain kata nanti?"
Soalan cepumas. Kau hidup untuk diri kau atau orang lain?
Hidup kau, kau tentukan. Konsekuensinya, semua jatuh atas kepala kau. Jadi apa kau nak sibuk apa orang lain nak fikir?
Kenapa perlu menjadi attention slut ataupun approval whore?
Hidup seperti mana yang kau mahukan. Dan maksud mahukan itu apa yang benar-benar ikhlas dari hati, bukan daripada apa yang anda lihat di kaca TV. Dalam TV, semua orang euphoria. TV tak pernah kelihatan sedih. Tak mungkin kehidupan TV boleh dijadikan kedalam kehidupan realiti kerana TV itu sendiri merupakan escapisme daripada realiti.
Dosa pahala? Itu semua kerja Tuhan. Pedulikan sahaja mereka yang berlagak Tuhan mahu menjatuhkan hukuman kepada orang lain.
Mana U ni? I dah tunggu dari jam 0000 semalam sampai 0000 yang baru lepas tadi. U tak datang-datang pun.
U janji 8 Oktober. Ini dah lebih dah. U ni penipu la. I tak suka orang tipu-tipu I taw.
Haritu U cakap 8 Oktober. Sekarang dah cakap 9 pulak. Dah la itu baru nak bertolak. U cakap U sampai sini 14 Oktober.
Lamanya U. I rindu kat U taw. Tapi I tetap tunggu U.
U jangan cakap macam Anwar. Dulu dia cakap 16 Sept, lepas itu tangguh, last-last tak jadi. I kecewa U. Entah-entah U tangguh-tangguh ni tak jadi nanti.
U jangan tipu I lagi taw. U datang ye.
Sayang U. Muah muah. I tunggu U datang taw, Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).
Member : Lu biar betul. Rakan Masjid tu untuk geng-geng alim ulamak je.
Gua : Tapi dulu kecik-kecik gua dah khatam Al-quran 4-5 kali. Tapi sepatah pun aku tak paham la kecuali Surah al-Fatihah dengan Al-Asr. Sirah rasul pun aku boleh tahan ingat.
Member : Lek lu. Sap kok lu.
Terus gua balut ganja. Sedar-sedar gua tengah jamming dengan Bob Marley. Terus impian gua jadi angan-angan.
Aku bangun pagi. Hari Ahad. Hari kebesaran bagi orang Kristian.
Tapi aku apa peduli, asalkan ianya hari cuti, aku sambut dengan besar hati.
Pagi-pagi lagi perut aku dah lapar. Ini petanda kurang bagus.
Aku mengidam nasi lemak bungkus terhebat.
Siapa-siapa tahu mana aku boleh cari nasi lemak terhebat pagi-pagi di pekan Tronoh ini?
Yang aku tahu, makcik goreng pisang depan Bank Rakyat itu boleh tahan juga dia punya nasi lemak. Masalahnya, dia buka petang sahaja. Harganya pun boleh tahan mahal.
Hari itu, adik aku mesej. Kata dia mak aku sudah ada FB. WTF?