Sunday, February 28, 2010

Jangan Risau Pasal Esok Kerana Esok Pasti Tiba

Ini dekat Persiaran Gurney. Boleh tahan juga dia punya nasi kandar. Sambil makan sambil usha kereta sama orang(awek) lalu lalang. Dalam gambar kelihatan gua sedang menunjukkan jalan yang benar kepada seorang pendatang asing.



Ini gua rasa depan QB Mall. Lepak-lepak makan rojak sambil tengok orang(awek) main layang-layang. Kalau gambar ini dapat dibesarkan, pasti dapat dilihat subjek(awek) yang sibuk ditenung tiga pemuda di atas dan seterusnya dapat merungkai persoalan kenapa ketiga-tiga kepala teleng ke kiri. Belum sempat apa-apa pendatang asing itu dah terkinja-kinja ajak pergi Topman.



Seorang gengster Hong Kong sesat, seorang mamat hensem teramat, sebiji betik, seorang bapok buruk, seorang budak bawah umur dan seorang pekerja Gulam Rasul. Zaman ini rambut sekor-sekor macam gampang tapi yang paling smart semestiya rambut gua. Gua simpan baik punya nak buat perm macam Amy Search tapi belum sempat apa-apa gua terpaksa potong atas desakan pelbagai pihak.




Ini gambar tak jadi tapi gua saja letak nak buat poyo-poyo konon artistik.





Bila gua tengok balik gambar-gambar ketika baru nak berinjak belia, gua senyum sorang diri.


Memang best sial zaman itu.
Betul-betul carefree.

Zaman itu ada yang baru masuk sambung belajar, ada yang duduk melepak lagi.
Jadi semangat kutu lepak itu masih kuat.

Poket memanjang kering tapi hati tetap tenang. Hidup pun rasa ringan saja.

Pernah ada satu kali pergi Pulau Pinang. Haram tak ada cuti panjang pun. Cuti weekend saja.
Tapi punggung semua dah gatal nak berjalan. Tak fikir banyak terus harung.

Gua ingat lagi gua bawak bekal sehelai boxer, sehelai baju dan sebatang berus gigi. Duit poket pun cukup-cukup. Memang betul-betul minimalis.




Sekarang semua dah sibuk belajar. Masing-masing dah heavy.

Memang rasa lain macam daripada zaman carefree dulu.


Tak boleh la ini macam gua rasa.

Kita kena kembalikan zaman kegemilangan dulu.

Kita kena martabatkan semula semangat kutu lepak!
Persetankan dunia janji hati bahagia!



Wednesday, February 24, 2010

Minggu Ini Minggu Babi

Pulau Pangkor, 14 February 2010


Bukan maksud aku untuk mendedikasikan minggu ini kepada babi.

Cuma memang itu yang aku rasa sepanjang minggu ini.

Macam babi.
Dihina, dikutuk, dipandang jelik dan macam-macam lagi abuse yang dilemparkan orang Melayu kepada babi walaupun bukan salah babi dia dicipta sedemikian rupa.


Banyak juga abuse yang aku terima minggu ini.
Mostly mentally.

Sampai hampir tiap malam aku tidur awal.
Rasa macam sampah gila hidup ini sampai malas dah nak harung.
Tidur lagi baik.

Kelas macam haram tak faham.
Konsentret pun kejap ada kejap merapu.
Assignment bertimbun.
Lecturer pula suruh join aktiviti pelik-pelik.
Masuk coursework pula tu. Gampang.
Duit makin kering. Kena mula catuan makanan la macam ini.
Main bola pun macam babi. Kalah

Memang tahap motivasi untuk terus bernafas hari ke hari langsung dah tiada.



Solusi?
Mudah saja.

Aku kena ada satu benda yang aku look forward nak buat.
Kena start satu projek.

Aku ingat nak start projek MTB(mountain bike bagi yang tak tahu).

Tapi,
duit mana nak cekau.

Haih.

Tidur lagi baik.



Friday, February 19, 2010

Kisah Mimbar Jumaat Lagi

Kota Lucah, November 2009


Kembali lagi kita dengan siri kisah mimbar Jumaat. Sejak kebelakangan ini, waktu Zohor masuk agak lewat jadi secara tidak sengajanya aku berjaya mendengar khutbah dari awal sampai habis.

Selalunya masuk masjid saja khatib dah di tengah-tengah khutbah. Kadang-kadang, dah habis pun khutbah pertama.
Tapi masuk lambat pun, sekurang-kurangnya aku dengar la jugak. Ini kadang aku tengok ada yang datang awal tapi sujud menyembah bumi.
Yang termenung kosong dengan fikiran dah merewang ke mana pun ramai.

Sia-sia saja. Dapat pahala iktikaf sajalah. Itupun kalau sempat niat.


Ini cerita khutbah minggu lepas.


Macam biasa. Cerita yang diulang-ulang. Bla bla bla umat Islam ditindas bla bla bla Yahudi jahat bla bla bla rancangan syaitan si Nasrani bla bla bla.

Tak boleh blah.

Gila bosan.

Teruk sangat ke umat Islam sekarang ini sampaikan bila diri sendiri yang lemah, nak salahkan orang lain?

Malu sial nak mengaku umat Islam kalau macam ini dia punya tahap. Ini yang buat aku rasa nak tukar nama. Aku nak pakai nama Ariel Sharon. Tak pun George Soros. Hip sikit. Nak dapat visa pergi mana-mana pun senang.

Bila pasukan bola Malaysia kalah, ada kita salahkan pasukan lawan pasal kuat dan menindas pasukan bola Malaysia yang lemah?
Tak masuk akal kan.
Kita salahkan pasukan Malaysia. Fitness tiada lah, kuat makan kari sama roti canai la, jurulatih tak boleh pakai la.

Tapi bila umat Islam lemah, kita salahkan Yahudi dan Nasrani. Gila lame!

Lantaklah si Yahudi sama Nasrani nak buat rancangan jahat ke, nak sembah syaitan ke, mandi darah kambing hitam ke, kita umat Islam kena kuatkan pegangan. Bagi jangan hanyut.

Tak habis-habis dengan alasan lapuk itu.

Aku teringat ada satu line dalam filem Platoon arahan Oliver Stone(ayahnya seorang Yahudi) yang berbunyi ,"Excuses are like assholes. Everybody got one."


Ini hal lain pula.


Sepatuntnya, mimbar Jumaat menjadi medium yang baik untuk menyebarkan mesej keamanan dan kasih sayang. Bukankah Islam itu dikatakan religion of peace?

Tapi yang berlaku sebaliknya.

Kalau anda ada membaca tulisan Shanon Shah di dalam buku New Malaysian Essay 2, ada mengatakan yang ketika dia belajar di Australia, dia berhenti daripada pergi sembahyang Jumaat kerana tidah tahan dengan khutbahnya yang ekstrim dan penuh kebencian.

Samalah dengan kes minggu lepas.

Khatib memanggil kaum Yahudi dan Nasrani sebagai biawak.

Cuba penganut agama lain memanggil umat Islam biawak, habis semua menggelupur kucar kacir nak mengamuk.

Tapi kita buat tak apa.

Aik? Ini double standard. Gila hipokrit!


Dah.
Aku nak siap pergi masjid.

Ada apa-apa cerita panas lagi, nantikan kemunculan entri terbaru untuk siri kisah mimbar Jumaat ini.



Thursday, February 18, 2010

Cerita Pendek Macam Asyraf Rosli Punya Boboy

Patutnya gua ada benda nak tulis tapi tiba-tiba gua terasa nak berak lah pulak.

Tak jadi la tulis itu macam. Mahu pergi berak dulu.


Sebelum gua bertuala, ada satu pesanan dahulu untuk macha-macha antera MTB Teluk Intan.

Gua dah ada jumpa satu basikal cap Raleigh emblem warna emas lagi. Berpotensi untuk direstore.
Gua ingat nak spray warna hitam mati. Jadi, projek bila nak jalan?

Thursday, February 11, 2010

I Fought the Law. Guess Who Won?

Jalan TAR, November 2009


Mengikut teori Efek Zeigarnik yang diusulkan oleh psikologis Soviet Bluma Zeirganik, seorang pelajar yang berhenti sebentar menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang langsung tidak kena mengena daripada pelajarannya, akan dapat mengingat dengan lebih baik pelajarannya daripada pelajar yang menelaah tanpa berehat dalam satu sesi studi.


Kalau ikutkan situasi kelas-kelas aku yang banyak 2 jam, memang 30 minit terakhir itu aku dah lost gila babi. Sikit-sikit tengok jam, sikit-sikit tengok jam. Tak sabar bila kelas nak habis. Dah la jam lawa.

Macam itu aku nak propose la. Tengah-tengah kelas itu kasi stop sekejap, lepas itu tayang benda-benda yang tak patut.
Maksud aku benda-benda yang tiada kena mengena dengan kejuruteraan, matematik dan sekutu-sekutunya.

Tayang la filem pendek ke, klip video band-band progresif rock yang meleret-leret ke,
Bagi fresh sikit otak.

Aku nak bawak idea ini ke rakan sekelas aku. Sia-sia ada Timbalan Presiden MPP dalam kelas.(padahal dia dapat undi paling banyak, tapi jadi Timbalan Presiden saja. thats democracy the UTP way.)

Masa kempen dulu, aku ada juga join berarak dengan vespa champion aku. Aku rasa kombinasi seksi(sila rujuk entri di bawah) banyak juga menyumbang kepada peratusan undi member aku ini. Tambah-tambah di kalangan mahasiswi.


Dah.
Cerita lain pula.



Untuk kesekian kalinya, I fought the law and the law won.

Or should I say the system this time.


Aku dah penat. Mungkin dah tiba masanya aku jadi robot.
Hanya ikut saja sistem.

Apa yang sistem nak aku bagi.
Jangan banyak soal.

Bila kamu jatuh, bagaimana kamu jatuh itu tak penting. Yang penting bagaimana kamu mendarat.

Untuk mendarat dengan baik, aku terpaksa menjual jiwa manusia aku dan menjadi robot.
Ikut sistem.

Jadi, jiwa manusia aku, ada sesiapa nak beli?

Or should I sell it to the devil?