Saturday, October 31, 2009

Nyaman Pagi Sabtu


Hujan di pagi sabtu.

Oh nyamannya.

Tiada apa lagi yang boleh dibuat melainkan setting bantal, tarik selimut dan terus ke alam mimpi mencari John Lennon dan sama-sama buat Bed-In.


oh, kedengaran sedikit gay disitu.

Friday, October 30, 2009

Hedonis Terpimpin

"Imagine there's no countries. It isn't hard to do. Nothing to kill or die for. And no religion too."
- John Lennon


Bila akan sampai satu masa, manusia memandang sebagai seorang manusia?

Bukan pada warna kulit, kewarganegaraan atau agamanya.

Penting sangat ke semua itu?


Kenapa kita mahu dipandang mulia dengan warna kulit atau agama kita?

Bagi kau agama kau, bagi aku agama aku.
Tak perlu nak sibuk-sibuk dan tak perlu nak kacau-kacau.

Semua orang menghormati semua orang.

Dan jangan lupa, manusia sebahagian daripada alam, jadi manusia juga harus menghormati alam.


Tiada gunanya jika dipandang tinggi pun kerana, kau manusia, aku pun manusia. Bila kita mati, kita sama-sama reput juga. Bau busuk sama juga.


Kita sama-sama manusia, jadi, apa mahu kalut?


ps : siapa kata golongan hedonis sampah masyarakat? siapa kata muzik barat melalaikan? asal betul alirannya, mesej yang disampaikan lagi bermakna daripada nasyid-nasyid leleh yang tak habis-habis gatal nak kahwin.

Thursday, October 29, 2009

Klasik Jenan Siri 2

Sebelum gua tidur semalam, tiba-tiba gua teringat dekat Persatuan Kompang SMSAH a.k.a PERKOSA.

Apa cerita ahli-ahlinya?
Masih aktif berkompangkah?

Bila mahu buat collaboration sama Kanye Murugan dengan 50 Rupee?

Tuesday, October 27, 2009

Kuot Kultus

Seorang idealis belajar untuk hidup.

Seorang realis belajar untuk CGPA.

-Fauzan Pauzi
Sastengawan Negara

Berita Baik Bai!


Berbeza dengan kepercayaan umum, Muallaf tidak pernah diharamkan tayangannya di Malaysia.

Akhirnya, Malaysia bakal menyaksikan karya terakhir dan terpendek Yasmin Ahmad pada 24 Disember ini.

Filem yang ideanya fresh dan thought-provoking ini siapa tak tengok memang kodi.
Bukan selalu ada dekat Malaysia.

Yang ada cerita-cerita merepek Razak Mohaideen.
Profesor? Hah jangan buat lawak!