Iphone topped the coolest brand, beating Aston Martin three-year consecutive run. Read here.
Iphone kalahkan Aston Martin? Haih, apa nak jadi dengan dunia ini.
Macam mana Iphone dengan touch screen yang annoying, saiz gedabak susah nak masuk poket hanya sesuai untuk dibaling ketika dikejar anjing gila, atau sex maniac, boleh mengalahkan the ultimate playboy's car?
James Bond pun guna Aston, kau nak apa lagi? Iphone hanya sesuai untuk vampire-vampire gay dalam Twilight. Dan mungkin juga Jonas Brothers.
Girls, please, have some taste.
Serius, aku tak boleh terima kenyataan ini.
Apa yang hype sangat pasal Iphone aku pun tak tahu. Aku pakai SE cap ayam beli rm200 saja. Boleh jugak hidup dengan cemerlang. Kalau kena samun pun, ambil saja lah. Aku bagi dengan senang hati. Lainlah bila pakai Aston Martin DBS. Orang nak samun pun takut. Pasal ingat James Bond.
Ambil satu situasi.
Aku dan seorang lelaki lain ajak kamu (untuk perempuan sahaja, yang lelaki tunggu Akram ajak) keluar malam ini.
Aku ajak kamu bersiar-siar dengan Aston Martin, seorang lelaki lain itu nak tunjukkan Iphone yang baru dia beli.
Mana kamu nak pilih?
atau
Dan ya, sedikit pesanan kepada semua rakan seperjuangan.
Sekarang semua sudah boleh mula detoksifikasikan mabuk-mabuk ketupat, lemang dan rendang dan mula mabuk dengan nota-nota syarahan kerana pabila berakhirnya cuti pertengahan semester, itu menandakan peperiksaan akhir dah nak sampai.
Kecuali Asyraf si macha Austera. Lu sempat merasa ke ketupat rendang semua? Ke pagi raya lu makan fish and chip je?
Kenapa manusia ini takut dengan hantu tapi suka tonton cerita seram? Aku rasa pasal ianya salah satu escapism oleh manusia itu daripada dunia hari-hari mereka yang membosankan.
Kenapa penagih-penagih bermula dengan dadah yang ringan kemudian berganjak kepada dadah yang berat? Kenapa mereka mula mencucuk di tangan kemudian beranjak ke cucuk di tempat merepek-repek? Aku rasa pasal seseronok dan exciting mana pun satu benda itu, jika dilakukan hari-hari, akan menjadi bosan juga.
Kalau kau orang makan makanan kegemaran hari-hari pun, lama-lama, rasa nak muntah pun ada. Tapi aku tengok macha-macha Teluk Anson hari-hari bedal Nikmaat sama Zohrabibi, tak jemu-jemu juga. Ini aku rasa memang tahap perut lembu ini.
Dulu masa aku mula-mula masuk UTP, gila semangat nak belajar. Rasa nak terokai "dunia baru". Tapi lepas itu, hari-hari yang aku kena suap, teori teori teori dan math math math. Kalau dalam lab pun, aku rasa rigid macam dalam kelas jugak.
Lama-lama aku bosan. Rasa macam robot.
Pergi kelas, kena suap dengan teori dan math, angguk saja apa lecturer cakap, lepas itu balik. Ulang untuk 5 hari dalam seminggu.
Aku rasa macam diprogram itu menjadi robot yang akan dihantar ke pasaran kerja. Lepas itu, jadilah pekerja yang hanya mengangguk kepada semua arahan bos.
Outcome Based Education? my bottom! Apa outcome-nya? Robot saja lah. Jurutera robot. Pergi kerja balik kerja. Hujung bulan dapat gaji beli ayam kentaki duduk depan TV menjilat jari.
Hidup tak berfalsafah. Nak salahkan semua kat mereka pun tak boleh jugak. Pasal kat universiti aku pun bukan ada pengajian falsafah.
Nak buat apa falsafah kat universiti aliran kejuruteraan? Aik? Kata nak lahirkan well-rounded student. Yang aku nampak, well-rounded dekat bahagian perut saja lah.
Bagi aku, bila ada falsafah, otak banyak berfikir. Bila banyak berfikir, banyak idea-idea baru, banyak pergerakan baru. Takdelah bosan sangat terperap kat sini.
MPP? Jangan buat lawak. Apa faedahnya kumpulan ini aku pun tak tahu.
Mungkin salah aku jugak. Pasal ambil bidang kejuruteraan. Memanglah kena ikut buku. Takkan kau nak buat struktur bangunan yang murtad dengan hukum fizik? Menangis Isaac Newton dalam kubur. Penat-penat dia discover graviti kau pulak boleh buat tak reti.
Apa nak buat. Masa di sekolah dulu langsung tiada pendedahan. Yang nampak hanya sains dan teknikal. Doktor atau engineer. Aku pilih engineer. Pasal nampak nakal sikit berbanding doktor.
"Apa? Kau tak nak ambil engineering, nak masuk broadcasting? Kau nak kena lempang?". Agaknya itu kot reaksi mak bapak aku kalau aku nak ambil satu tawaran daripada kolej subsidi Media Prima tapi tiada biasiswa berbanding tawaran-tawaran kejuruteraan siap dengan biasiswa.
Escapism. Kalau ikutkan hati, aku rasa nak selalu dapat lari daripada dunia yang penuh aturan ini. Aku nakkan kejutan, ketidakaturan, kebebasan. Apa nak jadi, jadi.
Aku nak selalu berjalan-jalan. Naik vespa, dengan Sony A200 dan Holga 135BC, mencari pengalaman. Aku nak pergi ke mana saja angin bertiup, ke mana saja hati aku terdetik.
Tapi masalahnya, wang ringgit. Aku bukan anak Ananda Krishnan. Holga 135BC pun aku tiada.
Jadi, terperaplah aku dalam bilik ini. Menulis yang bukan-bukan.