Tuesday, October 5, 2010

Illuminati Kepala Babi



Punkrock tanpa semangat DIY adalah seperti Al Qaeda tanpa Osama bin Laden.
Dan punkrock tanpa mengambil kisah isu-isu semasa adalah umpama pohon yang tidak berbuah.

Dan tiada isu hangat yang lain di ruang maya golongan mujahidin papan kekunci melainkan isu konspirasi Freemason/Illuminati. Daripada strap gitar Noh Hujan, sampailah ke iklan TV. Sanggup mereka buang masa kaji dari satu-satu frame video untuk merungkai perlambangan-perlambangan tersirat golongan Freemason/Illuminati ini.

Untuk apa? Gua pun tak faham. Dan gua rasa mereka ini pun tak faham.

Baik pergi kaji Quran. Tak pun cari mana-mana hadis sahih yang contradict dengan Al-Quran. Tak pun fikir macam mana si Ahmadinejad yang berpegangan Shiah itu boleh diangkat sebagai hero umat Islam di sini. Shiah itu, mengikut pandangan sesetengah ulama Sunnah adalah sesat. Jadi macam mana seorang yang sesat boleh jadi tokoh umat Islam? Salah media barat juga kah? Perancangan halus lagi licik Freemason/Illuminati juga kah?

Zaman pencerobohan Iraq lain pula ceritanya. Masa itu Saddam Hussein ditunjukkan sebagai the good guy. Rata-rata umat Islam Malaysia berpihak kepada Saddam, orang yang tangannya dibasahi beribu-ribu darah manusia yang tidak bersalah. Pasal apa orang kita suka Saddam? Pasal nama dia ada Hussein.


Berbalik kepada Freemason/Illuminati. Kenapa isu ini tak habis-habis lagi diulang tayang di ruang maya tempat mujahidin-mujahidin papan kekunci ini berlegar-legar? Banyak sebab yang gua boleh fikir, tapi di sini gua bagi satu dulu. Lain kali gua bagi yang lain.
Antara sebabnya ialah isu Freemason/Illuminati ini tengah 'in'. Dikira lame la kalau tak join isu-isu semasa yang tengah 'in'. Tak up-to-date la brader.

Up-to-date apa benda. Isu Freemason/Illuminati ini pihak Gereja dah main dah beratus-ratus tahun dulu. Lu lambat la brader.

"Tak tengok lagi dokumentari The Arrival? Lu memang katak bawah tempurung!"

Documentary my ass. More like mockumentary.

The Arrival is a joke. A farce. Sekali tengok macam boleh percaya. Cuba fikir balik. Tak rasa merepek?

Dan ketika anda semua kagum dengan 'fakta-fakta' yang dibentangkan dan 'simbol-simbol' yang dirungkaikan, pembuat The Arrival ini sedang meludah tepat ke muka anda.

Gua tak ingat part nombor berapa, yang tunjuk seorang orang tua sedang bersyarah depan audiens dalam studio berkenaan dengan kuasa TV. TV dapat mengawal minda.

Bab ini dipetik daripada filem Network (1976). Orang tua gila(ya, dalam filem itu dia tidak waras akibat tekanan. dan ketika dia beri syarahan itu, dia tengah gila) itu mengatakan yang manusia zaman sekarang percaya bulat-bulat apa yang keluar di TV. Generasi sekarang tidak lagi membaca, tidak lagi berfikir. Hanya menelan bulat-bulat apa yang disuap oleh TV. Jadi siapa yang mengawal TV dia mengawal minda.

Pengawal minda = Pembuat The Arrival
TV = The Arrival
Penonton = Anda = Kambing Biri-Biri


Berapa ramai yang selepas tonton The Arrival mengkaji balik kesahihan cerita itu?
Kalau ramai, gua rasa tak muncul isu Freemason/Illuminati ni.


Gua tak kata persatuan-persatuan rahsia ini tidak wujud langsung. Kalau tiada persatuan rahsia yang menjaga kepentingan masing-masing, takkanlah lebih daripada 50% kekayaan dunia ini dimiliki hanya 2% penduduknya.
Tapi kalau nak kata semua benda pun kerja Freemason/Illuminati, memang merepek. Siapa ahli-ahlinya pun kita tak tahu dengan tepat.

Kalau dah sangap sangat dengan teori konspirasi, apa kata mula dengan Bilderberg Group. Logik sikit.



Tak punrock la kalau tak ikut isu-isu semasa.
Dan tak punkrock la kalau tak mock orang-orang yang lu meluat.

Paranoid sangat dengan Freemason/Illuminati, nah gua bagi lu betul-betul.


Nampak t-shirt di atas, mungkin akan direalisasikan dalam masa terdekat. Cetakan terhad. DIY.
Sehelai saja untuk gua pakai.

Pakai pergi sembahyang Jumaat.

Ada beran?

Wednesday, September 29, 2010

I Still Believe in Humanity.



Wondering what just happened?

Well here's the story.

Ike Ditzenberger has Down Syndrome. He is so obsessed with American football that his coach agreed to play him usually at the last minute of the game. "Ike Special", as the move is called, also involve collaborations from the opponent. They will run and jump at Ike, just to make it more real, more special for Ike. It makes Ike feels like a normal person.


Sports, my friend, bring out character.


So, to all parents who think sport is just a waste of time, I just want to say, fuck you.



Saturday, September 25, 2010

Hujung Minggu Lelaki (Tak) Cool

Sabtu : Ceramah CIDB Green Card daripada 8 pagi hingga 4 petang.

Ahad : Lecture Wastewater Engineering daripada 8 pagi hingga 4 petang.


Dan setelah hampir seminggu hujan di petang hari, akhirnya matahari bersinar jua pada petang tadi.

Apa gua buat?

Gua boleh tertidur pula.




Betul-betul hujung minggu lelaki tidak cool.






Tuesday, September 21, 2010

Of Raya and TV Commercials

Loken, August 2010



Its Raya season, and FB is flooded with pictures of people celebrating Raya. Some even have a particular album for particular days of Raya.

Me?

I don't even have a single picture of me celebrating. I just don't see the point. I don't think people are interested on how I look, what am I doing during Raya.
Two futsal sessions and a trip to Padang Besar. That is how I celebrate my Raya this year.


Raya is not Raya without
ketupat, lemang, rendang, bunga api, mercun, dress-to-kill girls(even some makciks), duit raya kids, and TV commercials.

In fact, all festivities in Malaysia are not complete without TV commercials.

I just love them. Sometimes, I wonder why Malaysia keep churning out rubbish movies when we can make commercials that good every single year.

Yesterday I wasted(
the time you enjoy wasting is not wasted according to John Lennon) the whole day watching back these commercials on Youtube. And I spotted a trend.

A trend that I don't like.

For the last few years, all these commercials seems to have a sad and sentimental tone. A festival should be celebrated right? We suppose to be happy and cheerful and all. Why the melancholic approach? A son miss his father, or a daughter felt guilty because fighting with her mother, don't you think its not proper for a happy celebration. It would be great for Father's/Mother's Day, but for Hari Raya/CNY/Deepavali? I don't think so.


People mostly remember happy things. Our face use less muscle to smile than to frown. Human are made that way. Everybody remembers Muthusamy Karupiah,
kasut gombak, Apo kono eh jang?, but not everybody remembers Pak Kasim Beca.

It is ok for these commercials to touches people heart and bring tears to the eyes, but it should be tear of happiness, not tears of sadness. Just like the ikan di laut asam di darat.


I prefer a light and humorous theme. Especially the one with Adibah Noor or Ho Yuhang in it.
If both of them in a same commercial, without a single shadow of doubt it will be my all time favourite.


Just like this one.



Adibah Noor, Ho Yuhang, cekodok, ais kacang, classic European music, what more can you ask!




Now that how a festival commercial should be.






Thursday, September 16, 2010

Random Rants

Sekarang ramai mamat DSLR perasan diri dia Nigel Barker.

Sekarang ramai minah cun-gedik perasan diri dia Tyra Banks.


Seven deadly sins.


Lelaki : Lust
Adakah mereka sanggup berhabis ribu-ribu semata-mata hendak kelihatan hip dan cool dan mudah untuk mendekati minah cun-gedik?


Perempuan : Vanity
Perempuan dan vanity? Heh, tak payah nak cakap lagi dah.


L&P : Pride
Riak dengan gajet dan koleksi minah cun-gedik yang didampingi, riak dengan kecantikan yang mungkin ada mungkin tiada.



Boring lah sial ini macam.

Sikit-sikit nak suruh shoot talent.
Talent yang tak berapa nak ada talent.



"belang di hidung dah hanya tinggal dua kalau ikutkan petua kau dah lupakan dunia sungguh mengagumkan kau masih bernyawa dada sudah ditepuk tapi masih tak berselera"
-Azmyl Yunor