Thursday, February 11, 2010
I Fought the Law. Guess Who Won?
Mengikut teori Efek Zeigarnik yang diusulkan oleh psikologis Soviet Bluma Zeirganik, seorang pelajar yang berhenti sebentar menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang langsung tidak kena mengena daripada pelajarannya, akan dapat mengingat dengan lebih baik pelajarannya daripada pelajar yang menelaah tanpa berehat dalam satu sesi studi.
Kalau ikutkan situasi kelas-kelas aku yang banyak 2 jam, memang 30 minit terakhir itu aku dah lost gila babi. Sikit-sikit tengok jam, sikit-sikit tengok jam. Tak sabar bila kelas nak habis. Dah la jam lawa.
Macam itu aku nak propose la. Tengah-tengah kelas itu kasi stop sekejap, lepas itu tayang benda-benda yang tak patut.
Maksud aku benda-benda yang tiada kena mengena dengan kejuruteraan, matematik dan sekutu-sekutunya.
Tayang la filem pendek ke, klip video band-band progresif rock yang meleret-leret ke,
Bagi fresh sikit otak.
Aku nak bawak idea ini ke rakan sekelas aku. Sia-sia ada Timbalan Presiden MPP dalam kelas.(padahal dia dapat undi paling banyak, tapi jadi Timbalan Presiden saja. thats democracy the UTP way.)
Masa kempen dulu, aku ada juga join berarak dengan vespa champion aku. Aku rasa kombinasi seksi(sila rujuk entri di bawah) banyak juga menyumbang kepada peratusan undi member aku ini. Tambah-tambah di kalangan mahasiswi.
Dah.
Cerita lain pula.
Untuk kesekian kalinya, I fought the law and the law won.
Or should I say the system this time.
Aku dah penat. Mungkin dah tiba masanya aku jadi robot.
Hanya ikut saja sistem.
Apa yang sistem nak aku bagi.
Jangan banyak soal.
Bila kamu jatuh, bagaimana kamu jatuh itu tak penting. Yang penting bagaimana kamu mendarat.
Untuk mendarat dengan baik, aku terpaksa menjual jiwa manusia aku dan menjadi robot.
Ikut sistem.
Jadi, jiwa manusia aku, ada sesiapa nak beli?
Or should I sell it to the devil?
Wednesday, February 10, 2010
Kisah 15 Minit Lepas
Macam biasa aktiviti malam Rabu mestilah pergi pasar malam Taman Maju.
Memang jarang gua miss.
Nak kata ada yang special pun, tak lah best sangat.
Saja boring sambil cuci-cuci mata dengan awek UITM.
Tengah gua nak park vespa gangster gua, tiba-tiba gua ternampak kelibat empat brader yang lenggok jalannya mengalahkan Chantal Jones dari American Next Top Model Season 9.
Gila patah!
Gua dah perasan dari jauh brader yang pakai singlet putih belang-belang hitam tu dah usha gua pekat.
Gua buat steady saja sambil mencari tongkat tak jumpa-jumpa.
Bila lalu sebelah gua, sekali brader itu tegur, "Seksinya..."
Gua tak tahu apa definisi seksi si brader belang-belang itu.
Vespa champion gua kah?
Atau gua yang berseluar pendek hitam berbaju Joy Division dan berjam tangan kalkulator yang seksi?
Mungkin gabungan dua aspek di atas.
Gua masih steady saja. Gua memang dah biasa kena puji-puji yang berbaur menggoda ini.
Awek UITM? Haram malam ini seekor pun tak nampak.
Rare species pula yang gua dapat malam ini.
Dah.
Kebab sama cendol dah lama menunggu gua.
yum yum

Sunday, February 7, 2010
The Day of the Dogs
Bila semua hal sudah luar kawalan.
Bila cahaya yang menerangi jalan semakin malap.
Bila semua benda sudah tak menjadi.
Bila masa depan semakin kabur.
Masa-masa begini yang membuatkan aku seperti ingin.......
nak........
....buat akaun Facebook. Sekali dengan fan page.
Acah mak labu.
Masa-masa begini yang buat aku nak layan lagu-lagu Radiohead sampai muntah.
Layan perasaan, jo!
blame it on the black star
blame it on the falling sky
blame it on the satellite
that beams me home
blame it on the falling sky
blame it on the satellite
that beams me home
Wednesday, February 3, 2010
Facebook? Itu Mainan Budak-Budak
Siapa kata orang tiada FB tak cool?
Itu semua dakyah budak-budak baru nak naik.
Fan page? Lagi macam gampang. Apa ke poyo siap nak berfan-fan.
Relaks-relaks sudah.
Jangan nak tunjuk sangat kau tu attention whore.
Dah la sekarang FB dicemari golongan-golongan tua.
Apahal golongan muda berkongsi benda dengan golongan tua.
Gila tak best.
Nak tahu macam mana mahu jadi cool?
Pakai lah jam kalkulator. Itu baru true cool.
Ini kalau aku balik semula ke zaman sekolah rendah ini mesti aku jadi jejaka terhangat pujaan hati semua pelajar perempuan sekolah.
Mesti semua gadis melemparkan senyuman paling mengada ke arah aku. Pagi-pagi mesti ada groupie yang tunggu di pagar sekolah menantikan ketibaan aku.
Balik sekolah pun mesti ada yang nak iringi aku. Silap-silap siap tolong angkatkan bag.
Gadis yang mengada mesti nak main tekan-tekan butang kat jam aku sambil menyanyi lagu Pussycat Doll.
Loosen up my button, bebeh!
Lelaki lain? Pasti sinis mengerling aku di hujung mata.
Apa boleh buat. Siapa suruh tak cool.
Mari ya adik-adik, abang ajarkan ilmu kira-kira.
Hehe.
Tuesday, February 2, 2010
Ballad of a Handsome Man
Tiada yang lebih mendamaikan daripada melepak di atas takhta putih sambil memikirkan hal-hal duniawi ketika mengosongkan isi rektum
Kemudian terkangkang di atas katil sambil bersedia untuk hal-hal meta-duniawi.
Esok kena bangun awal. Ada kelas dengan Prof Kurian V John. Gua harap bahasa dia tak berbelit sangat. Cukuplah dua lecturer macha asli straight outta Asia Selatan.
Eh kejap.
Hal akhirat belum setel lagi.
Gua bab-bab ini memang lembab sikit.
hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)