Sekarang aku busy like a babi.
Mungkin blog akan terabai sementara waktu.
Tapi Tumblr mungkin berjalan rancak.
Aku perlukan santapan minda dalam bentuk visual.
Inspirasi.
Air sarsi.
Air liur basi.
Kau babi.
Mana U ni? I dah tunggu dari jam 0000 semalam sampai 0000 yang baru lepas tadi.
U tak datang-datang pun.
U janji 8 Oktober. Ini dah lebih dah. U ni penipu la. I tak suka orang tipu-tipu I taw.
Haritu U cakap 8 Oktober. Sekarang dah cakap 9 pulak. Dah la itu baru nak bertolak. U cakap U sampai sini 14 Oktober.
Lamanya U. I rindu kat U taw.
Tapi I tetap tunggu U.
U jangan cakap macam Anwar. Dulu dia cakap 16 Sept, lepas itu tangguh, last-last tak jadi. I kecewa U. Entah-entah U tangguh-tangguh ni tak jadi nanti.
U jangan tipu I lagi taw.
U datang ye.
Sayang U. Muah muah. I tunggu U datang taw, Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA).
Gua : Aku ingat nak join Rakan Masjid ah.
Member : Apahal pulak?
Gua : Saja. Nak cuba benda baru.
Member : Lu biar betul. Rakan Masjid tu untuk geng-geng alim ulamak je.
Gua : Tapi dulu kecik-kecik gua dah khatam Al-quran 4-5 kali. Tapi sepatah pun aku tak paham la kecuali Surah al-Fatihah dengan Al-Asr. Sirah rasul pun aku boleh tahan ingat.
Member : Lek lu. Sap kok lu.
Terus gua balut ganja. Sedar-sedar gua tengah jamming dengan Bob Marley. Terus impian gua jadi angan-angan.
Aku bangun pagi.
Hari Ahad.
Hari kebesaran bagi orang Kristian.
Tapi aku apa peduli, asalkan ianya hari cuti, aku sambut dengan besar hati.
Pagi-pagi lagi perut aku dah lapar.
Ini petanda kurang bagus.
Aku mengidam nasi lemak bungkus terhebat.
Siapa-siapa tahu mana aku boleh cari nasi lemak terhebat pagi-pagi di pekan Tronoh ini?
Yang aku tahu, makcik goreng pisang depan Bank Rakyat itu boleh tahan juga dia punya nasi lemak.
Masalahnya, dia buka petang sahaja. Harganya pun boleh tahan mahal.
Hari itu, adik aku mesej. Kata dia mak aku sudah ada FB.
WTF?