Thursday, July 30, 2009

Gua Tunggu Lu Datang!




Singlet, check!
Seluar kulit melekat kaki,
check!
Kasut Aliph,
check!


Rambut, ok la panjang tahap ini. Nanti nak hantar salun buat
perm.

Lagu-lagu
anthem, semua sudah praktis!


Gua tunggu lu datang, Amy!

....atau nama lagi rock, Haji Suhaimi!

Monday, July 27, 2009

Islam? Huh, Buat Malu Je

Kita diajar Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan.

49:13 O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honored of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).


Tetapi, hadis yang dipegang antara Sunnah dan Syiah pun dah tak sama, apa yang berpadunya?


Jangan salah faham.
Bukan ajaran Islam itu yang salah.
Penganut dia yang salah.

Sunday, July 26, 2009

Take A Walk on the Wild Side

Kita perlu banyak membaca untuk ada banyak idea untuk menulis.

Kebalakangan ini, yang banyak aku baca hanya SMS dan emel berkenaan kerja.
Gila bosan.

Otak jadi lesu. Tiada idea nak menulis.

Oh aku baru teringat. Buku Memoir Rashid Maidin aku tak habis baca lagi.

Lama dah terberhenti. Semua sebab masalah besar itu lah. Macam gampang. Terus hilang minat aku.
Lagipun buku itu aku pun tak berapa suka. Terlalu mengagungkan PKM.

Aku akui memang PKM dan golongan kiri banyak menyumbang kepada proses kemerdekaan, tapi mereka juga banyak buat benda-benda yang tidak patut.

Ambil contoh, apabila Jepun angkat kaki dari Tanah Melayu.

Apa PKM buat? Keluar dari hutan terus serang balai polis dan penduduk kampung yang disyaki sebagai tali barut.
PKM ada peluang untuk menunjukkan mereka boleh membimbing penduduk Tanah Melayu ketika itu ke arah masa depan yang cerah, tetapi mereka melakukan sebaliknya.

Dan peristiwa yang banyak menumpahkan darah itu langsung tidak disentuh oleh Rashid Maidin, setakat yang aku baca inilah.

Tapi kalau ikut timeline, aku ingat aku berhenti dulu ketika penjajahan British kali kedua. Jadi kemungkinan besar bab itu Rashid Maidin tidak sentuh langsung lah.


Kalau aku, pasal ideologi atau sejarah, aku lebih suka baca penulisan yang lebih bersifat neutral. Kalau nak 100% neutral, memang tak dapat. Pencerita pasti ada bias-nya. Itukan yang kita belajar untuk Bab 1 matapelajaran Sejarah Tingkatan 1. Sejarah ada bias-nya.


Sebut pasal Sejarah, aku tak faham kenapa dalam silibus matapelajaran Sejarah seakan-akan menggambarkan golongan kiri ini sebagai 'watak jahat'. Mereka juga pejuang kemerdekaan, dengan cara mereka sendiri. Sepatutnya diberikanlah sedikit penghargaan kepada mereka.

Hal ini pernah disentuh dalam rancangan Di Luar Lingkungan bersama Syed Munawwar ditayangkan di TV1 . Ketika itu salah seorang ahli panelnya adalah Fahmi Reza, pembuat dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka dan Revolusi '48.

Ia dijawab oleh seorang ahli akademik daripada Kementerian Pelajaran kalau tak silap. Katanya, silibus terpaksa dipadatkan dan disertakan visual agar pelajar tidak mudah bosan. Jadi, tak semua cerita dapat dimasukkan dalam buku teks Sejarah.

Kalau nak padatkan, yang sibuk masuk banyak-banyak sejarah Eropah itu apa kejadah. Sikit-sikit cukup. Bukan kena-mengena sangat pun dengan kita. Lagi baik masuk banyak cerita pasal sejarah negara kita.



Damn.
Tadi aku cakap tiada idea nak tulis.
Sekali tengok panjang juga aku tulis ini.
Hehe.

Friday, July 24, 2009

Pagi Jumaat






Bangun pagi.

Tengok jam. 8.40 pagi. Jumaat, 24 Julai.

Tengok jadual kelas. Start pukul 9.

Selak langsir. Tengok dunia luar.

Hujan.

Hujan di pagi Jumaat.


Memang rahmat buat pelajar-pelajar yang bermotosikal.


Sedap betul bila dapat terkangkang atas tilam time-time macam ini.



My Name is QC. Short for Que Chill

Aku bosan nak mati dalam bilik. Rasa panas pun ada. Aku buka tingkap sikit, selak langsir.

Jadi badan tak berbaju aku boleh dilihat dari luar. Kali terakhir aku periksa, 5 orang gadis manis sudah sasau bila terlihat muka kacak dada sasa tidak berbaju ini bergaya menghadap komputer riba.

Bila aku bosan, macam-macam boleh jadi. Contoh, pergi Batu Gajah semata-mata mahu lihat Acha Septriasa versi pam minyak.

Tapi malam ini aku tak ke Batu Gajah.

Malam ini hip-hop is the shiznit, yo!


Masa sekolah dulu, semua orang sibuk dengan muzik-muzik Indon. Melimpah ruah di corong-corong radio tempatan. Semua orang sibuk bersiulkan lagu-lagu generik yang formula diulang pakai berulang kali.

Aku bosan.

Ketika itu juga, aktiviti kugiran tempatan yang budak-budak sekarang panggil 'indie' memang macam sesak hidupnya. Tiada exposure. Gig-gig pun susah dapat permit.

Terima kasihlah kepada kempen Black Metal akhbar tabloid nombor 1 negara dan juga Mastika, yang satu masa dahulu adalah majalah ilmiah golongan akademik dan nasionalis.

Masa itu, Xfresh masih lagi Xfresh. Aku selalu dengar malam-malam. Orang lain sibuk dengar ERA dengan Hitz apa kejadah lagi.

Banyak lagu-lagu hip-hop. Memang exposure untuk scene tempatan lebih banyak kepada hip-hop pada masa itu. Aku pula bukan internet savvy lagi, tak reti nak mencari dengan lebih mendalam. Apa yang keluar radio, itulah yang aku boleh dengar.

Bukan macam budak-budak sekarang, Myspace la, AMP la, The Weekend Session la, macam-macam. Senang kerja.


****


Lawak pula bila aku kenang masa dulu.

Macam-macam.

Biasalah, budak baru nak meningkat remaja.
Semua orang pun pernah melalui peringkat ini kan.

****


Malique dah keluarkan OK, Joe pula dengan Prezident.

Katanya tahun depan nak Malique dan Joe nak kembali keluarkan album terbaru Too Phat.

Damn.
Tak sabar rasanya nak rasa balik menjadi seorang remaja sekolah yang gedik.



"They always asking what I like what I do,
I do what I like and I usually like what I do.
I write my own bars, I write my own laws,
Wash my own drawers, scratch my own ball."

"You can kill me in my dream but you cant kill my dream."

"See I aint like you, I dont simply say that I dont like you."

"But come on, sometimes a genius thinks with it penis."


-Que Chill-

Thursday, July 23, 2009

Sepetang Sampai ke Malam di KLIA


Babi #1



Babi #1 dan Pondan Somalia



Babi #2



Pondan Somalia, Pondan Bangla, Pondan Australia



Separa Lucah.

Sunday, July 19, 2009

666

Dalam TV atau cerita-cerita yang dikarang, apabila sesuatu watak menemui kebuntuan, dilema dalam membuat pilihan, beliau akan mengikut kata hati.

Tapi dalam surah terakhir dalam susunan Quran, berbunyi seperti ini pula:-

1. In the name of God, the Compassionate, the Merciful.
2. Say: I seek refuge in the Lord of mankind,
3. The King of mankind,
4. The God of mankind,
5. From the evil of the sneaking whisperer,
6. Who whispereth in the hearts of mankind,
7. Of the jinn and of mankind.



kehidupan memang bukan macam televisyen

Saturday, July 18, 2009

New Dawn Fades

Ramai orang Melayu yang beragama Islam boleh membaca Al-Quran.

Ramai orang Melayu yang beragama Islam yang boleh membaca Al-Quran tapi berperangai macam setan.

Sekarang ini pertandingan tilawah sibuk diadakan di lembah hina utopia trauma tempat aku belajar.

Memang gila babi ramai.
Pakcik makcik berkopiah berserban semua datang.
Sampaikan semalam aku tengok berlaku kesesakan jalan raya paling teruk pernah aku tengok dalam lembah hina utopia trauma ini.

Seronok semua dengar qari-qariah melagukan ayat-ayat Allah.

Tapi aku tak seronok.

Pasal aku fikir, berapa ramai sangat yang pergi dengar betul-betul faham apa yang qari-qariah itu lagukan?

Itu masalah orang Melayu.
Campur adukkan Islam dengan adat.

Sibuk suruh anak-anak khatam Al-Quran. Kalau berulang-ulang kali, lagi tambah bangga.

Tetapi budak itu sepatah haram pun tak faham.

Samalah macam baca buku teks Sejarah, tapi sekadar baca je.
Tak faham, tak hafal, tak apa-apa pun.
Memang keputusan keluar tunggu G9 sajalah.

Daripada TV sibuk-sibuk tayang Mari Bertarannum, baik tayang Mari Bertafsir.
Itu yang buat aku seronok.

Al-Quran diturunkan untuk dikaji, diamalkan bukan untuk dilagukan.

Aku tak seronok jadi aku tak pergi tengok pun tilawah itu.

Bila tak seronok, aku duduk dalam bilik dengar lagu Depeche Mode je la.



Kembara Syaitan Jalanan

Sekeliling gelap.
Rimas.
Tak dapat bernafas.

Tiba-tiba muncul satu cahaya terang menyilaukan.
Tepat menyuluh ke arah muka.

Rupanya Dia.


Lucifer, The Fallen Angel, Morning Star.

Atau disebut dalam Kalamullah sebagai Iblis.


"Aku tahu apa yang ada di dalam hati kamu, wahai hamba Tuhan!"

"Siapa kau? Apa yang kau tahu?"

"Aku adalah teman rapat pada kamu, wahai umat Muhammad! Aku selalu berbisik di hati kamu! Dan aku tahu kau mahukan sesuatu!"

"Apa yang aku mahu?"

Berdekah-dekah Dia ketawa. Angkuh.

"Aku boleh bagi apa yang kamu mahu! Yang selalu kamu minta-minta tapi tak pernah kunjung tiba! Segala-galanya aku boleh beri! Tapi aku mengharapkan balasannya!"

"Apa yang kau mahu?"

Dia ketawa lagi. Kali ini lebih kuat, lebih angkuh.

"Aku mahukan jiwa kamu! Yang kamu warisi daripada Adam, yang aku dipaksa tunduk kepadanya suatu ketika dahulu. Jiwa kamu!"

"Baiklah. Aku setuju. Kau ambillah jiwa aku. Sekarang dengar baik-baik permintaan aku."

"Hahaha! Beritahu pada aku! Aku akan tunaikan segera!"

"Baiklah wahai Iblis, aku mahukan JIWA kau!"



Friday, July 17, 2009

Darkside of the Dark Knight

Aku bangun.
Buka mata.
Gelap.

Aku pandang depan.
Gelap.

Aku pandang belakang.
Gelap.

Aku toleh kiri.
Gelap.

Aku toleh kanan.
Gelap.

Aku dongak atas.
Gelap.

Aku tunduk bawah.
Gelap.

Aku pejam mata.
Nampak cahaya.
Dari api merah menyala.


Neraka kot.

Thursday, July 16, 2009

Akulah Syaitan Yang Menongkah Arus



Akulah Syaitan.
Yang menongkah arus.

Syaitan yang selalu melawan Tuannya.

Aku juga Syaitan yang selalu marah bila nikmat yang diberi tidak cukup.

Aku Syaitan yang selalu memberontak.
Bila perancangan tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Kau ambil jasad jasad aku, Kau boleh cucuk di hujung tiang itu.
Dan biarkan ia tergantung di sana.

Kau ambil roh aku, Kau boleh bakar di mentari magrib yang menjingga.


Kerana Akulah Syaitan yang menongkah arus.

Tuesday, July 14, 2009

No Mercy Shown,

Hari-hari macam ini yang buat aku rasa macam nak tidur.

Satu tidur yang panjang nanti bila aku dah bangun, semua masalah dah selesai.

1000 tahun yang lalu.
mati hidup kembali.

Aku bukan manusia yang selalu give up awal,
tapi kali ini, memang aku rasa macam nak give up.

Aku selalu cakap dekat orang lain, hidup ini tak semudah macam dalam televisyen.
tapi kali ini, aku harap hidup memang semudah itu.


I'll break them down, no mercy shown,
Heaven knows, it's got to be this time,
What she heard, these things she said,
The times she cried,
Too frail to wake this time.